Terkini

Jumaat, 2 Ogos 2013

Bahaya Syiah Terhadap Keselamatan Negara Dan Akidah Umat Islam

solat cara syiah

Kini di mana-mana saja, orang ramai memperkatakan tentang Syiah ! Walaupun fahaman dan Mazhab Syiah telah ujud selari dengan perkembangan Islam terutamanya di Iran, tetapi dengan beberapa insiden yang berlaku beberapa tahun ini, maka isu Syiah terus mendapat perhatian umum.

Dalam tulisan kali ini, saya akan cuba untuk mengupas isu Syiah dari pelbagai sudut. Ianya meliputi sejarah asal-usul terjadinya Syiah yang dikatakan berasal dari taktik Yahudi bagi memecah-belahkan umat Islam. Penyelewengan Syiah dari ajaran Islam yang sebenar.  Perkembangan Syiah di Iran dan pengekportan fahaman Syiah ke seseluruh dunia serta penglibatannya dalam pergolakan dan percaturan politik dunia. Syiah dari pandangan Islam terutamanya kacamata ahli Sunnah Wal Jamaah.

Syiah di Malaysia yang dikatakan kini sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara dan akidah umat Islam yang menganut Mazhab Sunnah. Akhir sekali tentang enakmen dalam undang-undang yang menyekat perkembangan Syiah di Malaysia.

Dari sudut sejarah, Syiah bermula pada zaman Umar bin al-Khattab diikuti Uthman bin Affan dan kemuncaknya pada zaman Saidina Ali. Pada ketika itu keadaan politik tidak stabil di zaman pemerintahan khalifah ke empat, Saidina Ali bin Abi Talib.

Terdapat pendapat yang mengatakan, seorang Yahudi bernama Abdullah bin Saba’ yang berasal dari Yaman sentiasa mencari jalan untuk mengujudkan perselisihan sesama orang Islam. Ini termasuklah dengan mengambil kesempatan dalam peristiwa fitnah pembunuhan Khalifah Umar yang dibunuh oleh orang Islam sendiri. Selain itu mengujudkan kumpulan yang begitu taksub dengan kepimpinan Saidina Ali.

Namun Saidina Ali sendiri tidak menyukai orang yang begitu mendewa-dewakannya dan marah serta memerangi terhadap golongan ini. Abdullah bin Saba’ akhirnya melarikan diri ke Parsi. Di sana beliau begitu mudah menyebarkan fahaman Syiah kerana kemasukan Islam ke negara tersebut adalah secara peperangan sehingga menyebabkan penduduk di situ terpaksa menganut Islam yang dahulunya beragama Majusi iaitu menyembah api dan berhala.

Apabila Abdullah membawa satu fahaman yang agak baru, lain dari ajaran Islam dan mendewa-dewakan Saidina Ali melebihi yang lain, ini dilihat satu usaha untuk mendapatkan sokongan Parsi. Kemudiannya Syiah berkembang dan bertapak di Parsi yang kemudiannya menjadi sebahagian daripada negara Iran sekarang ini.

Klik sini untuk bacaan seterusnya..
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.