Disediakan oleh
Kluang Today
11:39:00 PTG
-
1
Ulasan
Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya orang Mukmin akan menerima
tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri
atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan
mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan
kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan itu.” (Riwayat al-Hakim)
Tribulasi atau ujian adalah seiringan dengan perjuangan. Oleh itu ia tetap memerlukan bekalan iman, sabar dan istiqamah.
Ujian dijadikan Allah untuk mengukur sama ada keimanan seseorang itu kepada Allah dan seluruh ajaran-Nya adalah benar dan diikuti oleh perlakuan serta tindakan atau hanya terhenti setakat di mulut saja.
Diuji lima perkara
Umat Islam akan diuji dengan lima perkara iaitu saudara seagama sentiasa dengki terhadapnya, orang munafik yang membencinya, orang kafir sentiasa memeranginya, syaitan berusaha menyesatkan dan bisikan hawa nafsu yang menggoncang keimanannya.
Semuanya ini menuntut kesabaran dan dalamnya terdapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT.

Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan ia ia perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana mengeluh akan membuatkan semangat menjadi lemah serta terbitnya perasaan kecewa atau putus asa.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan” (Surah al-Insyirah, ayat 6)
Tanpa masalah atau ujian tidak akan wujud kematangan kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan.
Maaf, luar topik. Lailatul Qadr, mlm termulia dr sekian mlm, bersamaan 1000 bulan, salah satu mlm ganjil dr 10 mlm terakhir Ramadhan, cuba perhatikan tanda tandanya mlm ini (mlm 23 Ramadhan) dan awal pg esok (tp kalau esok dah terlepas).
BalasPadamSelamat beramal dgn solat, tadabbur Al Quran, zikrullah, jauhkan berbuat dosa dan bnykkan berdoa agar diampuni, dirahmati dan diredhai, terjauh dr kesesatan, diperteguh iman dan taqwa, dan mendpt kebaikan yg bnyk di dunia dan Akhirat. Jgn dilupa juga doa utk dua ibubapa, sekelian ahli keluarga, saudara mara dan umat Islam lain seluruhnya.