Disediakan oleh
Kluang Today
5:59:00 PG
-
0
Ulasan
BANGI: Keputusan mahkamah untuk tidak membenarkan
pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee diikat jamin harus
dijadikan pengajaran kepada semua untuk tidak sesekali mempermainkan isu
agama.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara
tersebut seharusnya menjadi pedoman khsususya golongan muda agar tidak
sewenang-wenangnya mempersendakan apa jua agama.
"Sebarang bentuk penghinaan walaupun pada mulanya untuk jenaka tapi
dalam soal sensitif, termasuk hal agama tidak boleh dijadikan bahan
jenaka dan tidak boleh dikompromi," katanya kepada pemberita selepas
Majlis Berbuka Puasa bersama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di
sini, Khamis.
Beliau berkata, keharmonian negara seharusnya dipertahankan oleh
semua golongan dan usah sesekali cuba menyentuh perkara terkandung dalam
Perlembagaan seperti agama Islam sebagai agama rasmi negara.
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis tidak membenarkan pasangan
itu diikat jamin sementara menunggu perbicaraan terhadap tiga pertuduhan
berhubung tindakan mereka mempersenda umat Islam dan Ramadan dalam
Facebook serta mempamerkan gambar lucah dalam blog mereka.
Ahmad Zahid juga meminta supaya apa sahaja keputusan mahkamah
berhubung kes itu diterima umum kerana isu agama tidak boleh dilanggar
atau dipolemikkan sehingga menjurus kepada kontroversi.
Beliau juga menyokong Akta Keharmonian Nasional yang sedang
diusahakan bagi menggantikan Akta Hasutan seperti diumumkan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini.
"Dilihat isi kandungan dalam akta baharu yang akan dibentangkan di
Parlimen September ini masih mengekalkan seperti dalam kandungan Akta
Hasutan supaya keharmonian negara dapat dipertahankan," katanya.
Terdahulu Ahmad Zahid menyampaikan sumbangan kepada sembilan pegawai
dan anggota veteran JPAM serta 20 kanak-kanak dari Yayasan Chow Kit. - BERNAMA
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.