Disediakan oleh
Kluang Today
12:08:00 PG
-
0
Ulasan
KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri hari ini bersetuju untuk menarik balik Rang
Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan)
2013, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Rang Undang-Rang tersebut dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 26 Jun lalu oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Rang Undang-Rang tersebut dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 26 Jun lalu oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Muhyiddin berkata, isu status agama anak dalam kes ibu atau bapa memeluk
agama Islam telah dibincangkan secara mendalam oleh Kabinet dengan
mengambil kira pandangan dan kebimbangan pelbagai pihak termasuk parti
komponen Barisan Nasional (BN).
"Kabinet bersetuju penarikan balik Rang Undang-Undang itu adalah perlu demi memastikan isu penentuan agama anak dalam kes seumpama itu diselesaikan dengan cara yang adil kepada semua," katanya dalam kenyataan selepas mesyuarat Kabinet hari ini.
Muhyiddin berkata keputusan untuk menarik balik Rang Undang-Undang itu juga dibuat bagi memberi masa kepada kerajaan dan semua pihak untuk meneliti semula undang-undang terbabit secara holistik.
"Rang undang-undang ini hanya akan dibentangkan semula setelah mendapat persetujuan semua pihak," katanya.
Semua pindaan yang berbangkit daripada penggubalan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013 juga akan ditarik balik, katanya.
Timbalan Perdana Menteri menegaskan kerajaan percaya Islam adalah agama yang adil kepada umat manusia, maka isu pertikaian status agama anak perlu diselesaikan secara adil berdasarkan prinsip keadilan dalam Islam.
Fasal (4) Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh "his parent or guardian" (ibu bapa atau penjaga).
Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan dalam kes Subashini a/p Rajasingam melawan Saravanan a/l Thangathoray [2008] 2 MLJ 147 telah mentafsirkan perkataan ‘parent’ sebagai mufrad.
Fasal 107(b) dalam Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013 telah digubal berdasarkan peruntukan Fasal (4) Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan dan kes Subashini. - BERNAMA
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.