Disediakan oleh
Kluang Today
11:00:00 PTG
-
0
Ulasan
LUMUT - Kerajaan negeri akan terus memantau operasi pusat
hiburan keluarga di negeri ini bagi memastikan ia tidak melanggar syarat
lesen yang ditetapkan pihak berkuasa.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, langkah itu bukan sesuatu yang baharu.
"Kita perlu melihat dari segi lesen hiburan keluarga ini. Apa bentuk
hiburan keluarga yang sebenarnya, dan kita tidak mahu berlaku
penyelewengan.
"Serbuan juga akan dilakukan pada bila-bila masa sekiranya ada
laporan daripada orang ramai kerana kita tidak mahu (lesen hiburan
keluarga) disalah guna," katanya kepada pemberita selepas Program
Sumbangan Ramadan dan Aidilfitri 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di
Dewan Serbaguna Kampung Teluk Muroh dekat sini hari ini.
Beliau mengulas keputusan kerajaan negeri Johor mengkaji semula
pengeluaran pusat hiburan keluarga mulai tahun depan bagi membendung
penularan serta peningkatan gejala sosial di negeri itu.
Terdahulu, Zambry yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun)
Pangkor, turut menyampaikan sumbangan sama kepada penduduk empat kampung
di Dewan Serbaguna Kampung Batu 3, Segari dekat sini.
Kira-kira 1,760 warga emas, anak yatim dan golongan Orang Kurang
Upaya (OKU) menerima duit raya dan kotak berisi keperluan harian
sumbangan 1MDB serta Yayasan Bina Upaya (YBU). - BERNAMA
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.