Terkini

Sabtu, 27 Julai 2013

Pemotong Rumput Dibelasah Kerana Lakukan Persetubuhan Haram

budak-bawah-umur

BUKIT BERUANG -  Padah melakukan persetubuhan haram dengan seorang gadis bawah umur, seorang pemotong rumput cedera dibelasah bapa gadis berkenaan, dalam kejadian di sebuah rumah di Bukit Katil, di sini.

Menurut sumber, bapa remaja berusia 13 tahun itu bertindak demikian apabila menemui anaknya di Peringgit, kelmarin selepas anaknya itu tidak pulang ke rumah di Merlimau, Jasin sejak 11 Julai lalu.

“Hasil soal siasat, anaknya mengaku melakukan persetubuhan dengan seorang lelaki berusia 36 tahun yang sudah berumahtangga itu di sebuah rumah di Bukit Katil.

“Mangsa kemudian membawa bapanya bersama orang kampung ke rumah suspek kira-kira 12 tengah malam untuk mendapatkan penjelasan sebelum tercetus pergaduhan melibatkan kedua-dua belah pihak,” katanya di sini, semalam.

Sumber berkata, mangsa dan keluarganya kemudian membuat dua laporan di Balai Polis Ayer Keroh, kira-kira 5.30 pagi, semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan PR Gunarajan mengesahkan kejadian dan menerima laporan berkenaan.

“Suspek ditahan selepas mendapat perintah reman tujuh hari mulai hari ini (semalam) bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.

Sinar Harian
« PREV
NEXT »

2 ulasan

  1. Saya terpanggil untuk memberikan komen agar kluangtoday tidak akan mengeluarkan lagi sebarang artikel yang berbentok atau berbaur seks kerana ia membawa kepada gejala negatif dikalangan pembaca.

    Disarankan agar rencana berbentuk ilmiah atau ugama dapat diadakan dengan soal jawab ugama dijadikan ruangan khusus yang mana pejabat ugama cawangan kluang dapat memberikan respons yang proaktif dalam menjayakannya.

    Sekian.
    Hamzah Ibrahim.
    Singapore

    BalasPadam
  2. Salam,

    Terima kasih atas pandangan Tuan. Insha Allah, kami sedang masuk ke fasa penambahbaikkan dan dari masa kesemasa akan cuba memperbaiki mutu penyampaian maklumat di portal ini.

    Teruskan menyokong kami di sini, sebarang pendapat atau cadangan amat kami alu-alukan.

    Terima kasih,

    BalasPadam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.