Disediakan oleh
Kluang Today
4:53:00 PTG
-
0
Ulasan
Gambar Hiasan |
BUTTERWORTH: Sembilan wanita antara 22 individu
Islam yang ditahan kerana mengambil minuman keras di premis hiburan di
Seberang Jaya dan Perai di sini awal pagi Ahad.
Wanita tersebut turut merupakan pelayan pelangan (GRO) di premis berkenaan.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP),
Khairul Azman Azizan berkata kesemua mereka disiasat menurut Seksyen 19
Enakmen Jenayah Syariah Pulau Pinang Kesalahan 1996 kerana menggunakan
apa-apa minuman yang memabukkan di tempat awam yang jika sabit kesalahan
boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.
Sembilan wanita itu juga disiasat menurut Seksyen 47/35 kerana
menggalakkan kegiatan maksiat dan boleh dikenakan denda RM5,000 atau
tiga tahun penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan, katanya.
Beliau berkata kesemua mereka dibebaskan selepas diambil keterangan.
Khairul Azman berkata JAIPP turut mengeluar sembilan notis kepada
sembilan pasangan Islam yang berkelakuan tidak senonoh di tempat awam di
Pantai Bersih, yang boleh didenda RM1,000 atau penjara tidak melebihi
enam bulan atau kedua-duanya. - BERNAMA
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.