Terkini

Isnin, 1 Julai 2013

Kes Kematian Denggi Di Johor Paling Tinggi

semburan-denggi

Kota Bharu: Perangkaan Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan menunjukkan Johor mencatat jumlah kematian tertinggi dengan tujuh kes sepanjang enam bulan tahun ini berbanding hanya satu kes tahun lalu.

Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Putrajaya pula masing-masing mencatat enam kematian, tetapi kes kematian di Selangor mencatat penurunan berbanding tahun lalu dengan 11 kes.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata jumlah kes denggi mingguan yang dilaporkan sehingga minggu lalu adalah tertinggi tahun ini dengan melebihi tahap kritikal wabak iaitu 658 kes, meningkat 14 peratus berbanding kes minggu sebelumnya hanya 575 kes.

6 bulan 12,143 kes

“Bagi tempoh antara Januari hingga 22 Jun tahun ini, sebanyak 12,143 kes denggi dilaporkan berbanding 11,430 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu, peningkatan sebanyak 713 kes atau 6.2 peratus.

“Lapan negeri menunjukkan peningkatan kes tahun ini iaitu Johor meningkat 88 peratus; Sarawak 58 peratus; Sabah 41 peratus; Negeri Sembilan 33 peratus; Perak 15 peratus; Kelantan tujuh peratus; Perlis dua peratus dan Selangor satu peratus," katanya dalam kenyataan akhbar, semalam.

Dr S Subramaniam berkata, bagi memastikan tempat kediaman dan awam bebas dari pembiakan Aedes, Kementerian Kesihatan akan menjalankan Operasi penguatkuasaan undang-undang Kesihatan Awam (OPS GEMPUR) serentak di seluruh negara.

Katanya, tujuan utama operasi itu untuk menguatkuasakan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 bagi mencegah dan mengawal kes demam denggi yang semakin meningkat kebelakangan ini.

“Jika ditemui ada pembiakan aedes ketika pemeriksaan dijalankan, pemilik premis boleh dikenakan kompaun maksimum RM500 mengikut Seksyen 25 Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975,” katanya.

Sumber: Berita Harian
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.