Disediakan oleh
Kluang Today
5:52:00 PG
-
0
Ulasan
KUALA LUMPUR: "Kalau ingin jumpa cucu, dia perlu jumpa saya
terlebih dahulu" kata pelakon dan pengarah Farid Kamil ketika mengulas
tentang hubungannya dengan ibu mertua, Norsiah Ramli.
Farid, 32, berkata beberapa perkara perlu diselesaikan antara dia dan
ibu mertuanya sebelum membenarkan wanita itu bertemu dengan cucu dan
anaknya, Diana Danielle.
"Saya risau perkara tidak diingini berlaku, saya tidak berdendam
tetapi sekadar melindungi isteri dan anak saya. Saya dapat merasakan ibu
mertua saya akan melakukan sesuatu yang tidak diingini kepada mereka.
"Sebelum ini juga banyak cerita negatif tentang kami yang keluar
daripada mulut ibu mertua yang menyebabkan saya lebih berhati-hati,"
katanya.
Farid ditemui pada majlis sidang media drama Jodoh Itu Milik Kita di sini, pada Isnin.
Tambahnya lagi, Diana turut berasa kecewa dengan sikap ibunya yang tidak merestui perkahwinan tersebut.
"Sepanjang Diana berada di Australia saya tidak pernah dengar tentang ibunya telefon atau menghubungi untuk bertanya khabar.
"Apa yang saya lihat Diana sendiri berasa sangat kecewa dengan sikap ibunya yang tidak suka kami berkahwin," ujarnya.
Sebelum ini Farid pernah menyatakan perasaan marah dan kecewa terhadap ibu mertuanya melalui laman sosial twitter peribadinya.
Farid Kamil dan Diana Danielle selamat diijab kabul pada 3 November 2012 di Hotel Flamingo, Ampang.
Dalam pada itu, bercerita tentang kelahiran anak sulungnya pada 2
Julai lalu, Farid berkata dia tidak dapat mengambarkan perasaannya
bergelar bapa.
"Saya sukar untuk mengambarkan perasaan saya yang gembira, banga, sedih yang bercampur baur ketika melihat bayi lelaki itu.
"Buat masa ini kami belum memberi nama dan belum pun mendaftarkan
kelahiran bayi ini lagi kerana tidak digalakkan untuk membuat proses
tersebut di sana," katanya.
Farid berkata, proses tersebut akan dilakukan di Malaysia selepas mereka pulang bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri ini.
Sementara itu, Farid berkata isterinya berada dalam keadaan sihat selepas bersalin dan masih berada dalam pantang.
"Diana sihat cuma selepas bersalin dia lebih emosi dan bersikap "mother blues" iaitu terlalu melindungi anaknya.
"Saya sendiri tidak dibenarkan memegambil bayi itu terlalu lama dan sentiasa takut orang ambik anaknya," katanya.
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.