Disediakan oleh
Kluang Today
3:00:00 PG
-
0
Ulasan
Kaherah: Pemilihan pemenang anugerah Nobel Keamanan, Mohamed ElBaradei
sebagai perdana menteri sementara Mesir mendapat tentangan di kalangan
pihak yang menyokong penggulingan Presiden Mohamed Morsi.
Sementara itu, penyokong dan pembangkang pemimpin yang disingkir itu merancang melakukan perhimpunan semalam.
Sementara itu, penyokong dan pembangkang pemimpin yang disingkir itu merancang melakukan perhimpunan semalam.
Agensi berita rasmi MENA awalnya melaporkan, Presiden sementara, Adly
Mansour melantik ElBaradei, penentang Morsi, sebelum menafikan
keputusan sudah dicapai mengenainya.
Wartawan sudah ada di istana presiden untuk mendengar kenyataan daripada Mansour dan ElBaradei sebelum ia dibatalkan secara tiba-tiba.
Tentang pelantikan
Golongan Salafi yang menyokong penggulingan Morsi oleh tentera, Rabu lalu, menentang pelantikan ElBaradei, mempertikaikan bahawa beliau adalah pilihan menjurus perpecahan, kata sumber rapat perbincangan itu.
Tetapi, penasihat Mansour, Ahmed al-Muslimani, berkata, ElBaradei yang juga bekas ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), kekal ‘calon paling kuat.’ “Beliau berada di tempat teratas senarai nama,” kata Muslimani kepada AFP.
Pembantu Mansour itu terus bersedia bertolak ansur dengan penyokong Morsi dalam Ikhwanul Muslimin meskipun pemimpin pergerakan itu berikrar untuk terus mengadakan bantahan bagi menolak penyingkirannya.
“Kami sedia bekerjasama dengan Ikhwanul Muslimin,” kata Muslimani pada sidang media.
“Saya fikir Ikhwanul Muslimin mempunyai banyak peluang dalam tempoh akan datang untuk menyertai pilihan raya.”
Disambut sorakan
Laporan awal pelantikan ElBaradei disambut dengan sorakan gemuruh di Dataran Tahrir dan istana presiden Ittihadiya, dengan pembangkang Morsi membakar mercun, mengibarkan bendera Mesir dan membunyikan hon kereta.
Reaksi itu dilihat ketika Ikhwanul Muslimin melancarkan kempen baru menuntut tentera mengembalikan kuasa kepada Morsi, selepas keganasan meletus 24 jam lalu menyebabkan 37 maut dan lebih 1,400 cedera.
Tamarod, pergerakan akar umbi yang menganjurkan bantahan besar-besaran ke atas Morsi yang menyebabkan tentera campur tangan, menggesa demonstrasi baru diadakan untuk membalas bantahan penyokong Morsi sekali gus mencetuskan kebimbangan berlakunya pergaduhan lagi. - AFP
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.