Terkini

Ahad, 31 Mac 2013

PRU13: PAS, PKR Berebut Kerusi di Johor

menajelang-pru13

JOHOR BAHRU - PKR Johor hari ini mengumumkan meletakkan calonnya di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor Jaya, Tangkak dan Pangkalan Rinting serta kerusi Parlimen Segamat.

Selain itu, mereka juga menyasarkan untuk bertanding di sekurang-kurangnya lima lagi kerusi Dun.

"...kita memutuskan kerusi Parlimen Segamat, Dun Johor Jaya dan Dun Tangkak adalah milik PKR.

"Kita juga akan minta lagi lima kerusi Dun sebab Pas bertanding terlalu banyak di Dun iaitu lebih 30 daripada 56 Dun yang mana lebih 50 peratus kerusi Dun yang ada di Johor," kata Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Dr Ahmad Faidhi Saidi pada sidang media, di sini.

Katanya keputusan untuk bertanding di semua kerusi itu dicapai pada mesyuarat MPN 28 Mac lalu yang dihadiri hampir 90 anggota MPN negeri. 

Sementara itu, Naib Pengerusi PKR Johor Hasan Karim berkata MPN tidak akan bertolak ansur berhubung kerusi DunJohor Jaya yang sudah 'dikunci' PKR Johor.

"Bagi PKR Johor kita bukan tuntut (Johor Jaya) daripada sesiapa, kita hanya mempertahankan dalam semangat pakatan rakyat di mana penasihat DAP diberi laluan di Gelang patah dan sebagai balasannya Parlimen Segamat," katanya.

Beliau juga mengumumkan Pengarah Biro Guaman PKR negeri Jimmy Puah Wee Tse sebagai calon PKR di kerusi Dun Johor Jaya.

Hasan berkata beliau juga sedia bertanggungjawab atas keputusan itu.

Ketua Pembangkang yang juga penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mengumumkan kerusi Parlimen Gelang Patah akan ditandingi veteran DAP Lim Kit Siang.

Kerusi parlimen itu menjadi rebutan antara Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng dan rakan sejawatannya daripada DAP Dr Boo Cheng Hau.

Pada masa yang sama kedengaran desas-desus Kit Siang turut 'mengintai' Dun Johor Jaya. Pada pilihan raya umum 2008 kerusi itu ditandingi calon Parti Rakyat Malaysia, namun tewas kepada calon Barisan Nasional. - Bernama
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.