Disediakan oleh
Kluang Today
12:23:00 PG
-
1
Ulasan
BACHOK: Bank Negara Malaysia sedang memantau
pengaliran keluar wang melalui sempadan Sabah yang disyaki bertujuan
membantu kumpulan pengganas yang menceroboh Lahad Datu dan Semporna,
kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Katanya semua bank yang beroperasi di Sabah perlu melaporkan segera
kepada bank pusat jika terdapat pengeluaran wang yang mencurigakan
terutama dalam skala yang besar.
"Siasatan boleh dilakukan di bawah Akta Penggubahan Wang Haram dan
akaun pengeluar boleh dibekukan jika mempunyai bukti," katanya kepada
pemberita di sini, Jumaat.
Beliau berkata pemantauan akan dilakukan secara lebih terperinci
seperti memerlukan pengeluar wang menyatakan alamat penghantaran dan
sebab wang itu dihantar untuk membendung perbuatan yang cuba membantu
musuh negara.
Awang Adek berkata demikian sebagai mengulas kenyataan tokoh ekonomi
Tan Sri Ramon Navaratnam yang berkata pengaliran keluar wang kepada
pihak luar sukar dikesan melainkan proses itu dilaksanakan secara rasmi.
Ramon dilaporkan berkata proses itu sukar dikesan kerana pengaliran
keluar wang boleh dilaksanakan dalam pasaran gelap mata wang iaitu
aktiviti dagangan secara haram menerusi pos, dagangan akaun atau
aktiviti penyeludupan.
Awang Adek berkata pihaknya tidak dapat menyekat jika pengeluaran
wang dilakukan secara kecil-kecilan kerana ia bercanggah dengan dasar
urusan perdagangan negara dengan antarabangsa.
Beliau bagaimanapun berkata, sekiranya pengeluaran wang dilakukan
dalam jumlah besar iaitu sekurang-kurangnya RM30,000, pihak bank boleh
melaporkan kepada Bank Negara untuk diambil tindakan.
"BNM pula akan membuat laporan kepada pihak berkuasa seperti polis bagi tujuan penyiasatan," katanya. - BERNAMA
Thank's Infonya Bray .. !!!
BalasPadamwww.bisnistiket.co.id