Disediakan oleh
Kluang Today
8:36:00 PTG
-
0
Ulasan
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menggesa rakyat Kelantan supaya memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang bagi membawa kemajuan ke negeri itu demi masa depan generasi akan datang.
Najib yang juga Pengerusi BN berkata, beliau tidak mahu lagi melihat rakyat Kelantan terpaksa berhijrah keluar dari negeri mereka demi mengecap kehidupan lebih baik, yang tidak mampu diberi kerajaan negeri pimpinan PAS sekarang.
"Saya sedih dengar setengah juta orang Kelantan terpaksa berhijrah
keluar. Saya tidak mahu ada sejuta lagi orang Kelantan berhijrah keluar.
Orang Kelantan ini cekap, malah ramai tokoh di negara kita orang
Kelantan seperti Panglima Angkatan Tentera Malaysia (Jeneral Tan Sri
Zulkifeli Mohd Zin).
"Saya percaya barisan ini (tokoh) mampu bantu kerajaan beri perubahan kepada Kelantan jika diberi mandat (memerintah Kelantan)," katanya ketika berucap merasmikan 'Himpunan Perdana Anok-Anok Kelate Di Perantauan 2013' di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini.
Turut hadir pada majlis yang disertai kira-kira 15,000 anak Kelantan itu ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin - BERNAMA
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.