Disediakan oleh
Kluang Today
11:45:00 PTG
-
0
Ulasan
Kulim: Kerajaan PAS Kedah mengakui gagal menarik pelaburan dalam sektor
pembuatan yang menurun dengan drastik pada 2012 berbanding tahun
sebelumnya.
Bagaimanapun, Menteri Besarnya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak enggan memberitahu jumlah pelaburan sektor pembuatan yang direkodkan pada 2012.
Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Sains dan Teknologi negeri, Datuk Amiruddin Hamzah, berkata kemasukan pelaburan yang perlahan menyebabkan negeri itu berada di kedudukan kesembilan berbanding kelima pada 2011 dalam sektor pelaburan pembuatan.
Bagaimanapun, Menteri Besarnya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak enggan memberitahu jumlah pelaburan sektor pembuatan yang direkodkan pada 2012.
Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Sains dan Teknologi negeri, Datuk Amiruddin Hamzah, berkata kemasukan pelaburan yang perlahan menyebabkan negeri itu berada di kedudukan kesembilan berbanding kelima pada 2011 dalam sektor pelaburan pembuatan.
Tangga kesembilan
“Biasanya Kedah berada di tangga keempat, kelima atau keenam, tetapi untuk 2012 Kedah jatuh ke tangga kesembilan disebabkan pelaburan yang lembap dalam sektor pembuatan.
“Penurunan pelaburan dalam sektor itu berlaku di semua bahagian di Kedah termasuk Taman Teknologi Tinggi Kulim,” katanya pada sidang media sempena majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd (KTPC) dengan dua penyewa barunya di sini, kelmarin.
Pada majlis itu, dua penyewa baru iaitu Aspion Sdn Bhd and CTR Setia (M) Sdn Bhd bersetuju melabur sehingga RM400 juta dan RM60 juta bagi membina kilang baru di Taman Teknologi Tinggi Kulim.
Disember lalu, Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mukhriz Mahathir mendedahkan, Pulau Pinang yang ditadbir DAP bakal hilang kedudukan selaku destinasi utama pelaburan negara bagi sektor pembuatan.
Kerjasama dengan MIDA
Beliau dipetik berkata, Pulau Pinang mencatat jumlah pelaburan sebanyak RM1.8 bilion saja untuk tempoh separuh tahun lalu, menyebabkan ia jatuh di bawah Selangor, Sabah, Sarawak, Johor, Terengganu, Kuala Lumpur dan Perak.
Dalam perkembangan sama, Amiruddin berkata, penurunan jumlah pelaburan dalam sektor pembuatan di Kedah diseimbangkan dengan peningkatan pelaburan dalam sektor lain seperti pertanian dan perkhidmatan.
Amiruddin yang juga Pengerusi KPTC berkata, untuk mengatasi masalah itu, kerajaan negeri bekerjasama dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).
Sumber: Berita Harian
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.