Disediakan oleh
Kluang Today
10:45:00 PTG
-
0
Ulasan
YAN: Kerajaan pusat sentiasa komited dan bersedia
membantu meningkatkan mutu pelajaran di Sekolah Agama Rakyat (SAR)
melalui pelbagai bentuk bantuan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata tiada yang lebih penting kepada
kerajaan pusat selain untuk melihat anak-anak bangsa dalam sistem SAR
tidak tercicir daripada sistem pendidikan kebangsaan.
"Kerajaan pusat menawarkan peluang kepada SAR menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
"Harus ada kerjasama yang erat... bukan tujuan kerajaan pusat untuk mengambil alih SAR," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pertemuan dengan
kepimpinan SAR dan Pondok Tahfiz seluruh Kedah di Sekolah Menengah Agama
Taufikiah Khairiah Alhalimiah, Padang Lumat di sini Khamis.
Muhyiddin berkata tanggungjawab mendidik anak bangsa merupakan fardu
kifayah yang mesti ditunaikan sebaik-baiknya dan penting untuk
memastikan pendidikan yang berkualiti disampaikan melalui sistem yang
tersusun serta rapi.
Katanya malang bagi negara yang mendukung prinsip Islamiah jika tidak ada pendidikan agama yang betul-betul berkualiti.
"Kalau ada yang cakap kerajaan pusat abaikan prinsip untuk tegakkan
syiar Islam, itu adalah fitnah dan penafian hakikat tentang apa yang
kita ada," katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap agar pengasas SAR yang belum menerima
untuk menjadi SABK memikirkan semula tawaran kerajaan itu demi
mengekalkan warisan pendidikan berteraskan agama.
Pada majlis itu, Muhyiddin mengumumkan peruntukan sebanyak RM50,000
kepada 12 SAR dan RM20,000 bagi tujuh pondok tahfiz di Kedah. - BERNAMA
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.