Disediakan oleh
Kluang Today
1:30:00 PG
-
3
Ulasan
PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan dakwaan terdapat 300,000 kaum India
tiada dokumen pengenalan diri atau tidak menjadi warganegara Malaysia
bermotif politik.
Katanya dakwaan itu bertujuan meniup perasaan benci terhadap Barisan
Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum ke-13, selain cuba mencetuskan
konflik kerana hanya membabitkan satu kaum.
"Mengapa dibawa sekarang, mengapa jumlah itu dibesarkan sehingga
300,000, ia merupakan jumlah yang tidak ada asas langsung," katanya
kepada pemberita selepassesi Perjumpaan Menteri Bersama Peserta Kursus
Outreach Top 5 Bagi Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional KDN, di
sini, Isnin.
Katanya tindakan segelintir pemimpin pembangkang untuk berdemonstrasi
di hadapan Jabatan Pendaftaran Negara pada Rabu ini juga menunjukkan
mereka tidak ikhlas dalam usaha kononnya untuk menyelesaikan isu
tersebut.
"...kalau betul 300,000 beri kepada kita, kita uruskan. Nak
berdemonstrasi dan berkisar pada perkauman di mana satu kaum sahaja,
saya tengok ada matlamat-matlamat tertentu," katanya.
Menurut Hishammuddin, melalui kempen MyDaftar yang dilancar khusus
untuk menyelesaikan isu dokumen pengenalan diri kaum India, sebanyak
9,529 mendapatkan borang permohonan dan 7,061 menyerahkan permohonan
lengkap.
Daripada jumlah itu, 6,612 mendapat kelulusan dokumen pengenalan diri dan program tersebut masih berlangsung, katanya.
"Jumlah ini yang kita dapat dalam Program Mydaftar Kebangsaan yang
dijalankan di sembilan buah negeri. Kalau tak jelas mereka (pembangkang)
boleh datang jumpa kita," katanya.
Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap
merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MIC ke-66 menafikan dakwaan
pembangkang itu dengan menegaskan ia bertujuan mempengaruhi rakyat agar
membenci kerajaan. - BERNAMA
dorang ni PATI dari India ke?
BalasPadamMungkin kut..sbb tu pimpin PR beria-ia mahukan IC utk PATI ni..senang nt boleh mengundi..
BalasPadamPATI dari india?erks..tp kdg2 ade je indian tak tau ckp malay or english.
BalasPadam