Terkini

Rabu, 10 Oktober 2012

RAPID Pengerang: Menjawab Propaganda Pembangkang


Awal minggu lalu, kira-kira 1,000 orang penyokong PR yang berselindung disebalik gabungan NGO Pengerang telah berhimpun di Dataran Sg Rengit, Pengerang dalam usaha mereka untuk membantah pembinaan Kompleks Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID).

Penganjur Himpunan Hijau Kekalkan Pengerang Lestari itu mendakwa, jika projek pembinaan kompleks dan loji petrokimia RAPID diteruskan ia akan memberi kesan buruk terhadap nyawa orang awam serta bakal merosakkan alam sekitar dan hidupan laut di sekitarnya.

Mereka juga membantah proses pengambilan tanah penduduk yang didakwa terlalu murah yakni pada kadar RM2.80 sekaki selain menuduh projek itu bakal menjejaskan mata pencarian kaum nelayan dan petani tempatan.

Hakikatnya dakwaan di atas hanyalah propaganda sahaja. Ia sekadar gempak para pimpinan pakatan haramjadah dalam usaha mereka untuk mencari sekelumit pengaruh di saat mood dan trend semasa semakin tidak menyebelahi mereka.

Kewujudan kompleks dan loji petrokimia yang telah lama beroperasi di negara ini khususnya di Kerteh dan Paka, Terengganu membuktikan projek sedemikian sebetulnya tidak pun menyebabkan mudarat pada nyawa penduduk tempatan, alam sekitar mahupun hidupan laut di kawasan sekitarnya.

Sebaliknya apa yang berlaku, para penduduk sekitar Kerteh dan Paka telah menikmati peningkatan dan pelbagai kemajuan taraf hidup berikutan limpahan ekonomi hasil rangsangan pembangunan dari projek petrokimia itu. Tiada nyawa yang terancam apatah lagi mati keracunan.

Persoalan tentang nasib para nelayan dan petani juga langsung tidak timbul kerana Kerajaan Barisan Nasional selaku kerajaan yang bertanggungjawab telahpun membuat perancangan teliti melalui Kementerian Pertanian dan Asas Tani untuk mewujudkan sebuah kompleks pertanian baru serta menyediakan kursus penangkapan ikan cara moden bagi meneroka rezeki di kawasan laut dalam.

Manakala bagi penduduk yang mahu meneruskan cara hidup bertani, mereka masih boleh meneruskannya di tanah baru seluas 0.8 hektar yang bakal menjadi milik mereka.  Atau mereka juga boleh mengambil kesempatan dari limpahan ekonomi projek tersebut yang bakal menyediakan sekurang-kurangnya 50,000 ruang kerjaya.

Setiap penduduk tempatan yang terlibat dalam pengambilan tanah untuk projek RAPID, selain mendapat nilai pampasan wang ringgit, mereka juga  memperolehi tapak rumah seluas 6,000 kaki persegi serta diberi subsidi pembelian rumah baru diantara RM45,000 hingga RM85,000.

Persoalan harga tanah yang rendah juga tidak timbul. Harga RM2.80 bukannya harga statik untuk setiap kaki tanah, sebaliknya harga tersebut hanya untuk sesetengah kawasan atau lokasi tanah yang jauh ke pedalaman.

Dengan kata lain, harga pengambilan tanah akan berubah secara menaik bermula dari RM2.80 sekaki sehinggalah RM8.00 sekaki yang dinilai berdasarkan lokasi tanah berkenaan. Selain penilaian harga tanah mengikut pada lokasi dan kedudukan, setiap aset milik penduduk sama ada rumah, bangunan atau tanaman turut mendapat pampasan sewajarnya.

Disamping itu, pihak FELDA juga turut akan membantu para penduduk dengan pembinaan Bandar Baharu Pengerang di tapak seluas 2,000 ekar yang dilengkapi dengan rumah dan premis perniagaan.

Realiti sebenar disebalik penganjuran himpunan bantahan oleh pembangkang di Pengerang, banyak bersangkut paut dengan campurtangan negara jiran. Banyak maklumat risikan serta info dari penduduk tempatan menunjukkan sebahagian tanah yang terlibat dalam pembangunan RAPID turut membabitkan tanah milik rakyat negara jiran yang dibeli menggunakan proksi nama rakyat tempatan.

Disebabkan tanah-tanah milik mereka hanya mendapat ganti wang tunai sahaja tanpa pampasan tanah gantian, inilah antara puncanya sesetengah rakyat negara jiran telah manaja NGO pembangkang di negara ini untuk memprotes projek RAPID.

Selain itu, faktor saingan terhadap kompleks dan loji petrokimia di Jurong, Singapura juga memainkan peranan penting yang memaksa pihak berkepentingan di negara itu campurtangan memanaskan isu ini kerana tahu setelah siapnya RAPID kelak, impaknya bakal menimbulkan persaingan yang agak perit kepada mereka.

Lagipun jika benar pembangunan kompleks petrokimia begitu buruk kesannya pada nyawa manusia dan akan menyebabkan pencemaran alam sekitar, kenapa pula kerajaan PAS Kelantan dan NGO Royalti belaannya bersungguh benar mahukan pembinaan sebuah kompleks petrokimia di Pantai Senok, Bachok Kelantan?

Sumber: MyKMU
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.