Terkini

Khamis, 4 Oktober 2012

Pampasan Untuk Tahanan ISA: Bukti Kerajaan Najib Tidak Zalim

Dakwaan Pakatan Rakyat bahawa kononnya sistem kehakiman negara ini adalah tidak telus dan dikawal kerajaan UMNO kini terserlah lagi sebagai satu pembohongan yang nyata dan berniat jahat apabila 5 tahanan ISA yang terdiri dari puak mereka telah memenangi perbicaraan dan bakal menerima pampasan yang tinggi.

Tian Chua, Hishamudin Rais, Badrulamin khalwat, Badaruddin dan Saari  diputuskan oleh mahkamah untuk menerima pampasan lebih RM4 juta atas alasan ditahan berdasarkan politik dan bukannya keselamatan negara. 

Kita hormati keputusan hakim walaupun tidak bersetuju bahawa mereka-mereka ini tidak mengancam keselamatan negara.  Sebagai seorang yang rasional kita faham bahawa pendapat dan pandangan kita tidak penting dalam memperkatakan sesuatu kes mahkamah tetapi yang penting adalah bukti dan saksi.

Malangnya, pihak yang bakal menerima pampasan tersebut sendiri adalah terdiri dari mereka-mereka yang tidak rasional. 

Penahanan mereka itu sendiri adalah buktinya, di mana ianya bertitik tolak atau berpunca dari keengganan mereka menerima keputusan mahkamah yang mendapati Anwar Ibrahim sebagai bersalah.  Sebenarnya, tidak salah jika dikatakan bahawa mereka ini lahir dari kes Liwat I Anwar.  

Sejak Anwar didapati bersalah oleh mahkamah dalam kes tersebut, mereka-mereka ini giat memburuk-burukkan sistem kehakiman negara dan kerajaan ke serata dunia.  Kononnya kerajaan mengawal mahkamah, hakim berat sebelah dan undang-undang boleh dimanipulasi.   Imej Malaysia terjejas teruk kerana sikap tidak bertanggungjawab mereka itu. 

Oleh yang demikian, walaupun mereka tidak mengancam keselamatan negara sepertimana yang diputuskan hakim, mereka kekal dilihat oleh rakyat sebagai pengkhianat negara dan pembohong. 

Bukan sekali pembohongan mereka mengenai sistem kehakiman negara ini terdedah tetapi berkali-kali.   Pembebasan Anwar bagi kes liwat II adalah bukti nyata bahawa Pakatan Rakyat berbohong kononnya mahkamah dikawal oleh kerajaan. 

Logik akal menyatakan jika benar mahkamah dikawal oleh kuasa politik, tidak mungkin Anwar akan bebas dan tidak mungkin kelima-lima pengkhianat negara itu akan mendapat pampasan.  Namun, ini tidak berlaku, sebaliknya Anwar dan pengkhianat-pengkhianat ini semua menang dan bebas untuk terus temberang kepada dunia memburukkan negara dan kerajaan.  

Maka jelas sekali bahawa kerajaan tidak pernah mencampuri urusan perundangan negara ini.  Kerana itu, kita melihat pembangkang boleh menang dalam beberapa kes dan pemimpin UMNO juga boleh didapati bersalah dan dihukum dalam beberapa kes lain. 

Secara dasarnya, kini PR tidak punya kredibiliti lagi untuk menjaja bahawa sistem kehakiman tidak adil dalam strategi mereka untuk menjatuhkan BN. 

Dengan itu, kita sama-sama tunggu apakah selepas menerima pampasan ini maka Tian Chua, Hishamudin Rais, Badrulamin khalwat, Badaruddin dan Saari akan terus berbohong bahawa mahkamah Malaysia tidak adil dan berat sebelah? 

Jika mereka terus melakukannya, maka ada kebenarannya bahawa mahkamah Malaysia tidak adil – iaitu bukan kerana ia dikawal oleh BN, tetapi oleh pihak PR sendiri sehingga dapat memastikan yang pihak mereka menang dalam kes-kes yang mampu memberi imbuhan kepada mereka. 
« PREV
NEXT »

2 ulasan

  1. Perkara begini tak sepatutnya berlaku.. Cegah sebelum parah. Adakah sistem kehakiman negara telah dipengaruhi pihak tertentu?

    BalasPadam
  2. terima kasih follow blog sy..sy dah link kan blog tuan di blog sy..

    BalasPadam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.