Disediakan oleh
Kluang Today
10:00:00 PTG
-
0
Ulasan
Tiada bank sperma di Malaysia menyebabkan
pasangan berkahwin yang tidak boleh hamil kerana masalah sperma atau
telur sanggup membayar untuk mendapatkan bantuan penderma tempatan dan
asing.
Tiada angka rasmi, namun pakar-pakar percaya bahawa kegiatan itu
semakin meningkat disebabkan peningkatan kadar ketidaksuburan di negara
ini.
"Sepanjang lima tahun yang lalu, kita telah melihat peningkatan dalam
ketidaksuburan lelaki daripada 15 peratus kepada 30 peratus," kata Dr
Mohamad Farouk Abdullah, Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi,
Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang.
"Kaum wanita yang berusia dan mempunyai masalah dengan ovulasi dan kualiti telur juga ramai mendapatkan rawatan," katanya.
Kajian The Star mendapati sperma dan telur untuk diderma boleh didapati di pusat-pusat kesuburan di negara ini.
Penderma sperma kebiasaannya dipilih daripada lelaki berusia antara 20 hingga 40 tahun.
Manakala penderma telur, wanita sekitar 20 hingga 30 tahun.
Penderma sperma dibayar RM200 dan penderma ovum boleh mencapai ribuan
ringgit. Sebuah pusat kesuburan di Lembah Klang sanggup membayar lebih
RM7,000 kepada penderma telur.
"Dalam pendermaan sperma atau telur, ada pihak ketiga yang terlibat
dalam proses penyawaan bayi" katanya, sambil menambah bahawa amalan
tersebut adalah dilarang bagi agama tertentu.
Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan Persatuan Obstetrik dan
Ginekologi Malaysia telah menetapkan garis panduan mengenai pembiakan
dibantu, tetapi tiada undang-undang yang membenarkan, mengawal atau
melarang apa-apa derma.
Garis panduan MMC melarang perdagangan komersil dalam gamet, air mani
dan embrio tetapi ini hanya terpakai kepada profesion perubatan.
"Ini kerana tiada undang-undang mengatakan apa yang boleh atau tidak
boleh lakukan, ia sering menjadi persoalan apa yang seharusnya dilakukan
oleh pasangan tersebut" katanya.
Beliau menambah bahawa Akta Bantuan Teknik Pembiakan sedang digubal untuk mengawal amalan tersebut. Doktor hanya mengikut garis panduan dan pertimbangan etika dalam aktiviti pendermaan ini.
Pertimbangan etika asas termasuk memenuhi kriteria dengan merahsiakan
kedua-dua penderma dan penerima serta memastikan bahawa kedua-dua pihak
memahami prosedur dan risikonya - MStar
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.