Disediakan oleh
Kluang Today
1:12:00 PTG
-
0
Ulasan
Semasa PRU 11 tahun 2004, PAS pernah hampir tersungkur di Kelantan
apabila hanya menang di 24 kerusi DUN manakala baki 21 kerusi DUN lagi
dikuasai oleh BN. Ramai pemimpin PAS mengurut dada, tak terjangka
sedemikian rupa kebangkitan rakyat Kelantan tika itu.
Dengan jurang majoriti hanya berbeza 3 kerusi sahaja, kerajaan PAS Kelantan senantiasa berada dalam keadaan dihujung tanduk. Tambahan pula sebahagian DUN yang dimenangi PAS tika itu pula majoriti kemenangannya di bawah 1,000 undi sahaja.
Dengan jurang majoriti hanya berbeza 3 kerusi sahaja, kerajaan PAS Kelantan senantiasa berada dalam keadaan dihujung tanduk. Tambahan pula sebahagian DUN yang dimenangi PAS tika itu pula majoriti kemenangannya di bawah 1,000 undi sahaja.
Kini, senario yang hampir sama juga tidak mustahil berulang kembali. Gelombang kebangkitan rakyat Kelantan sudah semakin marak hampir ke kebanyakan kawasan DUN dan Parlimen negeri.
Semenjak PAS hanya menang nyawa-nyawa ikan di Manek Urai dan tewas teruk di DUN Galas tidak berapa lama dulu, kedua-dua peristiwa bermakna itu, merupakan antara faktor tambahan yang membantu merancakkan kebangkitan khalayak untuk menolak PAS.
Penglibatan serius beberapa bekas pemimpin PAS turun berkempen di Kelantan dalam membantu UMNO juga memberikan impaknya yang tersendiri. Kesannya, menyebabkan mitos kononnya Kelantan masih kebal di bawah jajahan PAS jelas semakin pudar dari fikiran rakyat.
Tambahan pula beberapa kajian dan culaan trend sokongan terkini baik dari pihak UMNO mahupun PAS sendiri, juga telah mengesahkan kedudukan PAS di negeri Cik Siti Wan Kembang ini sudah tidak selesa seperti dulu.
Realiti tersebut hingga saat ini masih sukar untuk dicerna dek akal fikiran sesetengah pimpinan PAS negeri.
Dalam satu kenyataan terbaru seorang exco kanan kerajaan negeri, Nik Amar Nik Abdullah menyatakan pengaruh PAS di Kelantan tidak tergugat, hakikatnya senario semasa menunjukkan sebaliknya.
Sedangkan beberapa sumber dalaman PAS juga mengakui salah satu laporan kajian yang dilakukan oleh PAS mendapati parti itu hanya selamat betul-betul selamat di 17 kerusi DUN sahaja. Sebahagian besar kerusi selamat itu dikatakan berpusat dalam Parlimen Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa.
Ditambah lagi dengan kajian terkini dari UMCEDEL, walaupun tidak berapa tepat dengan senario semasa namun sekurang-kurangnya mengesahkan kebangkitan rakyat sedang berlaku dan populariti PAS di negeri Serambi Mekah itu juga semakin goyah.
Pun begitu, tetap perlu digandakan gerak kerja tambahan supaya kekuatan UMNO dan BN di 25 kerusi yang sudah putih dan kini menjadi kubu kuat UMNO itu bukan sahaja kekal teguh malah baki 3 kerusi lain yang masih kelabu juga perlu diusahakan supaya dapat dikuasai sama.
Paling penting usah sesekali UMNO tersilap langkah atau cuai dalam meraikan kebangkitan rakyat tika ini.
Sekarang pun sudah wujud beberapa gerakan aggresif oleh PAS untuk menarik seramai mungkin pemimpin UMNO yang berpengaruh di peringkat cawangan dan bahagian supaya menyertai PAS, jelas satu usaha terdesak untuk memperlahankan impak kebangkitan rakyat.
Habuan tanah dan konsesi balak misalnya adalah antara sandaran utama dalam percubaan mereka untuk menarik minat pemimpin UMNO yang menjadi sasaran.
Sekalipun jika umpan oleh PAS itu mungkin mengena dan kesannya pula diyakini tidak begitu membimbangkan berikutan di pihak UMNO sendiri turut menyedarinya dan telahpun mengambil langkah perlu untuk menghadapinya, namun langkah berwaspada tetap perlu dipertingkatkan.
Walaupun apapun, senario kini yang sedang memihak pada BN ini jangan dipersia-siakan atau dipandang selesa oleh pimpinan UMNO negeri. Sekarang bukan masanya untuk bergoyang kaki sebaliknya usaha perlu digandakan supaya PAS benar-benar bungkus dalam PRU 13 kelak.
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.