Terkini

Rabu, 14 Disember 2016

Apa Kaitan Pisau Cukur Dengan Tenaga Batin Lelaki

rahsia-pisau-cukur-couple

Baru-baru ini penulis pergi menemankan seorang rakan ke Kampung Sg Merlong Laut yang terletak di Rengit, Batu Pahat. Jaraknya lebih kurang satu jam lebih dari bandar Kluang sekiranya ada sesiapa berhajat ke sana selepas membaca artikel ini.

Tujuan rakan penulis  ke sana katanya hendak berubat bagi menguatkan stamina kelakianya atau labih tepat lagi tanaga batin.

Beberapa hari sebelum pergi ke kampung berkenaan, rakan penulis ada menyatakan hasrat untuk berkahwin lagi satu. Katanya calon dah ada, cuma apa yang dia risau ialah takut performance tak memberangsangkan ketika melayan kedua isterinya nanti.

Sambil tersenyum penulis hanya mengiyakan sahaja apa yang dia kata.

Pada hari yang ditetapkan akhinya kami sampai di Kg Sg Merlong Laut mengikut alamat yang diberikan. Kami dijemput naik ke rumah, tuan rumah memperkenalkan dirinya dengan panggilan En. Md Noh.

Penulis lihat orangnya sudah berusia, dalam lingkungan usia 70an agaknya . Beliau merupakan seorang pengamal perubatan tradisional cara kampung terutamanya dalam hal-hal sakit tuan.

Selepas beberapa minit bersembang, rakan penulis tadi terus mengeluarkan sebilah pisau lipat seakan-akan sama seperti dalam gambar di bawah. Penulis hanya melihat sahaja pisau berkenaan tanpa bertanya apa tujuan atau kegunaan pisau tersebut.

razor-66-pisau-cukur

Proses merawat pun bermula...

Sepanjang proses rawatan dijalankan, rakan penulis tadi dilihat begitu khusyuk mendengar penerangan En. Md Noh sambil menulis sesuatu di atas kertas. Penulis ingatkan ada aktiviti fizikal seperti proses urutan seperti biasa diamalkan oleh pengamal perubatan cara kampung yang lain.

Rupa-rupanya apa yang dicatatkan oleh rakan penulis tadi hanyalah panduan dan juga amalan tertentu yang perlu dilakukan oleh pesakit semasa di rumah.

Bagaimanapun, kegunaan atau fungsi pisau cukur tadi masih menjadi rahsia hingga ke hari ini.

Setelah selesai proses rawatan, penulis difahamkan oleh En Md Noh bahawa kaedah rawatan ini hanya untuk lelaki beragama Islam sahaja tindak kira usia dan status (samada bujang atau berkahwin).

Katanya, lelaki bujang yang bakal berkahwin juga boleh mendapatkan rawatan ini tetapi dengan syarat tertentu dan kesan dari rawatan ini hanya akan dapat dirasai setelah sah ijab kabul (nikah).

Jelas beliau lagi, rawatan ini bukan semata-mata untuk menguatkan tenaga batin sahaja tetapi lebih kepada untuk memulihkan kembali stamina yang hilang setelah seharian penat bekerja.

Sekiranya ada sesiapa yang berhajat untuk mendapatkan rawatan pisau cukur dari En Md Noh, jangan malu-malu untuk menghubungi penulis di talian 018-2826104 atau 014-2298359. Tak salah sekiranya ingin mencuba.

Penulis turut dimaklumkan bahawa ramai pesakit dari pelbagai latar belakang dan tempat sanggup datang berjumpanya untuk berubat.

Namun harus diingat, setiap penyakit pasti ada penawarnya kecuali mati. Anggap sahaja rawatan ini sebagai ikhtiar terkahir bagi merawat penyakit atau masalah yang dihadapi. Samada berkesan atau tidak sesuatu kaedah rawatan itu, semuanya terjadi atas izin Allah yang Maha Bekuasa.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.