Terkini

Isnin, 12 Disember 2016

Kelebihan Menguasi Ilmu AutoCAD

belajar-autocad-kluangtoday

Assalam..Dalam artikel kali ini penulis ingin berkongsi serba sedikit kelebihan menguasai ilmu AutoCAD. Penulis yang pasti ada semua tahu dan mengenali apa itu AutoCAD.

Secara ringkasnya AutoCAD merupakan satu perisian komputer yang membantu dan memudahkan para jurureka atau jurutera membuat lukisan kejuruteraan.

Penulis difahamkan, di peringkat sekolah terutamanya di sekolah aliran vokasional turut menggunakan perisian ini dalam proses pembelajaran (lukisan teknik)

Menurut pemerhatian penulis, sesiapa sahaja yang mahir menggunakan AutoCAD atau perisian CAD yang lain, mereka ini sangat mudah mendapat kerja. Kenapa ya.. 

Peluang Pekerjaan Tinggi

Jika kita lihat dan selidik di laman-laman pencarian kerja seperti Job Street.com dan lain-lain, permintaan terhadap tenaga kerja yang mahir mengendalikan perisian AutoCAD amat tinggi terutama sekali dalam sektor pembuatan, pembinaan dan juga rekabentuk.

Faktor permintaan yang tinggi ini didorong oleh keadaan semasa di mana pihak syarikat atau pengilang mencari tenaga kerja yang mahir menggunakan AutoCAD bertujuan untuk meningkatkan kecekapan operasi mereka selain dapat menjimatkan masa dan kos.

Lagi satu faktor ialah tidak ramai generasi muda hari ini berminat dengan komputer dan mempelajari AutoCAD atau perisian yang berkaitan denganya.

Gaji Lumayan

Ada orang kata, kerja guna otak gajinya lebih lumayan dari orang yang bekerja menggunakan tangan. Betul ke?

Ya, memang betul!

Purata gaji terkini bagi tanaga kerja yang mahir menggunakan AutoCAD adalah di antara RM1800 hingga mencecah RM3000. Namun, ia bergantung kepada kemahiran dan prestasi kerja kita.

Jadi, tak rugi sekiranya kita mempelajari dan menguasai perisian ini

Cepat Dan Tepat

Apa sahaja kerja kita boleh lakukan sekiranya mahir menggunakan AutoCAD. Selain itu, kerja-kerja dilakukan seperti rekabentuk, pengubahsuaian rekabentuk dapat dilakukan dengan cepat dan tepat.

Kreatif Dan Teliti

Ini kelebihan untuk diri sendiri. Mempelajari dan menguasai ilmu AutoCAD ini mampu menjadikan seorang individu sentiasa berfikiran kreatif, positif dan sentiasa mencari jalan penyelesaian kepada masalah. Pendek kata, tiada perkara yang mustahil yang tak dapat dilakukan selagi kita tidak mencubanya.

Selain itu, hasil kerja yang dilakukan bukan sahaja mengkagumkan, malah apa sahaja perkara yang dilakukan dalam hidup dibuat dengan penuh ketelitian.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.