Terkini

Khamis, 24 Mac 2016

Sultan Johor Ikon Perpaduan Bangsa Johor

Sultan-Johor-Rakyat

JOHOR BAHRU : Jika dilihat dari gelagatnya yang bersahaja, mudah mesra serta sanggup mengenepikan protokol apabila mendekati rakyat, sememangnya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar layak diangkat sebagai ikon permuafakatan dan penyatuan Bangsa Johor.

Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, Tuanku memiliki satu kekuatan yang tiada tolok bandingan kerana sifat dan pendirianya terhadap Bangsa Johor.

Tambah beliau, setiap perkara yang dilakukan Tuanku pasti akan mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada pelbagai lapisan masyarakat.

“Beliau merupakan Sultan yang tahu menyesuaikan diri dalam zaman moden, jadi apa yang Tuanku lakukan mudah diterima dan disukai oleh masyarakat hari ini”, katanya.

Ujar beliau, perkara ini akan membantu usaha dan saranan Kerajaan Negeri supaya dapat membangunkan permuafakatan di kalangan rakyat Johor.

Menurutnya lagi, inilah antara kelebihan yang ada pada Tuanku selain turut memberi perhatian dan penelitian tentang bagaimana Kerajaan Negeri menguruskan dan mentadbir negeri Johor.

Dalam pada masa yang sama, Khaled turut berharap segala usaha kerajaan negeri menyemai permuafakatan di kalangan rakyat negeri ini akan dapat membantu memajukan Negeri Johor.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.