Terkini

Jumaat, 19 Ogos 2016

Chong Wei Mara Ke Final Dalam Aksi Penuh Debaran

lee-chong-wei-final

PETALING JAYA : Pemain badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei berjaya mara kepusingan akhir setelah menewaskan musuh tradisinya dari China, Lin Dan dalam aksi yang penuh debaran sebentar tadi.

Kejayaan mara ke pusingan akhir ini sekaligus membuka peluang untuk Malaysia meraih pingat emas pertama dalam siri temasya Olimpik.

Dalam saingan tersebut, Chong Wei menewaskan Lin Dan dengan catatan mata, 15-21, 21-11, 22-20, dalam perlawanan yang berlangsung di Pavilion 4, Riocentro.

Ketenangan dan sikap fokus Chong Wei ketika berdepan dengan kedudukan seri 20-20 memberinya kelebihan untuk mencatat dua mata akhir yang membawanya mara ke saingan akhir buat kali ketiga berturut-turut dalam aksi Sukan Olimpik.

Menerusi rekod perlawanan sebelum ini, Chong Wei dan Lin Dan pernah bertemu sebanyak 36 kali di peringkat antarabangsa di mana Lin Dan memenangi perlawanan sebanyak 25 kali manakala Chong Wei pula sebanyak 11 kali.

Lebih manis lagi, Chong Wei dapat membalas dendam setelah tewas kepada Lin Dan dalam dua edisi Sukan Olimpik sebelum ini, di Beijing (2008) dan London (2012)
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.