Terkini

Sabtu, 20 Ogos 2016

Huawei Yakin Dapat Atasi Kedudukan Apple & Samsung Dalam Tempoh 5 Tahun

kluang-today-huawei-phone

Pengeluar jenama telefon pintar terkenal dari China, Huawei hari ini berada dikedudukan ketiga di belakang Samsung dan Apple dalam senarai telefon pintar popular yang menjadi pilihan pengguna.

Melihat perkembangan ini, Huawei telah menetapkan sasaran dalam tempoh lima (5) tahun akan datang untuk menjadi pengeluar jenama telefon pintar nombor satu di arena telefon pintar global.

Menurut CEO Huawei, Richard Yu berkata, telefon pintar keluarnya kini mendapat permintaan tinggi di pasaran China dan Eropah.

Katanya, Huawei turut merancang untuk menembusi pelbagai pasaran baru dalam tempoh masa tersebut bagi mengukuhkan kedudukan mereka.

Jelasnya lagi, sepanjang tempoh ini, Huawei menyasarkan untuk memegang sekitar 25% pasaran peranti pintar.

Bagi memastikan apa yang dirancang menjadi kenyataan, Huawei telah menjalinkan kerjasama dengan Leica bagi menghasilkan peranti pintar yang dilengkapi teknologi fotografi canggih.

Difahamkan pada tahun ini, Huawei juga akan tampil dengan kombinasi peranti mesra Daydream iaitu platform realiti maya dari Google. Klik sini juga untuk mengetahui sebab kenapa Huawei begitu yakin dapat mengalahkan Samsung dan Apple dalam tempoh lima tahun.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.