Terkini

Sabtu, 25 Jun 2016

Umno Johor Terima Baik Keputusan MT Pecat Muhyiddin

khalednordin-umno-johor

PASIR GUDANG : Umno Johor akur dan menerima baik keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti itu yang memecat keahlian Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta menggantung keahlian Datuk Seri Shafie Apdal, semalam.

Pengerusi Perhubungan Umno Johor,  Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Umno Johor menerima keputusan MT dan merakam ucapan terima kasih tidak terhingga atas segala jasa dan sumbangan ketiga-tiga ahli Umno itu, khususnya Muhyiddin.

"Umno dan mereka telah memilih jalan dan haluan masing-masing. Semoga dalam haluan yang berbeza ini, ia tidak menjadi penamat kepada segala ikhtiar dan perjuangan masing-masing dalam mengangkat kedudukan terbaik orang Melayu.

"Semoga keputusan paling sukar, namun paling perlu ini membuahkan hikmah yang akan mengukuhkan dan membawa manfaat serta kebaikan jua kepada Umno secara keseluruhan, " katanya pada sidang media selepas program Ziarah Aidilfitri 2016 anjuran Yayasan Pasir Gudang di sini hari ini.

Pada Jumaat, ahli Majlis Tertinggi Umno mengambil keputusan secara sebulat suara untuk memecat Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz di atas pelanggaran disiplin.

Sementara itu Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal pula digantung keahlian sehingga Majlis Tertinggi menerima laporan daripada Jawatankuasa Disiplin Umno mengenainya.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.