Disediakan oleh
Kluang Today
7:52:00 PG
-
0
Ulasan
KUALA LUMPUR : Keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Tun Razak menghentikan segala bentuk peruntukan kerajaan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) disambut baik semua pihak.
Beliau berkata, tindakan tersebut harus dilakukan kerana YKP telah disalahgunakan sebagai pusat untuk menggulingkan kerajaan secara tidak sah di sisi undang-undang dan Perlembagaan.
Menurut beliau, selain atas saranan Pemuda Umno keputusan pembatalan tersebut juga turut disuarakan oleh Majlis Tertinggi Umno.
Semalam, Naib Ketua Umno, Khairul Azwan Harun menggesa kerajaan supaya menarik balik peruntukan YKP yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad kerana bersengkongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri.
Gesaan itu bagaimanapun disambut oleh Mahathir sendiri yang bersedia sekiranya cadangan itu diterima kerajaan.
Menurut Najib juga, sumbangan itu tidak wajar diteruskan dan beliau akan mengarahkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa untuk tindakan selanjutnya.
YKP yang ditubuhkan pada 2005 itu berfungsi sebagai satu pusat pengetahuan atau "Knowledge Repository" berkenaan bidang kepimpinan, terutamanya mengenai kepimpinan perdana-perdana menteri Malaysia.
Selain itu, ia juga berperanan sebagai pemberi input kepada pihak kerajaan bagi menggubal dan melaksanakan dasar-dasar yang berkaitan dengan ketahanan nasional.

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.