Terkini

Jumaat, 24 Jun 2016

Ismail Mohamed Pangku Jawatan Ketua UMNO Bahagian Pagoh Serta Merta

Md-Jais-Sarday-Umno

KLUANG : Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO hari ini telah membuat keputusan memecat keahlian UMNO Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua UMNO Bahagian Pagoh.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor YB Datuk Hj. Md Jais Sarday dalam satu kenyataan medianya hari ini mengesahkan bahawa Yang Berhormat Haji Ismail Mohamed, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh secara automatik akan memangku jawatan Ketua UMNO Bahagian Pagoh berkuatkuasa serta merta.

Menurut beliau, surat pengesahan mengenai kedudukannya sebagai Pemangku Ketua UMNO Bahagian Pagoh dijangka akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada hari Isnin, 27hb Jun 2016 kerana esok dan lusa ibupejabat UMNO adalah hari cuti hujung minggu.

Jelsas beliau lagi, kenytaan lanjut berhubung isu ini akan dikeluarkan oleh Yang Amat Berhormat, Dato'  Mohamed Khaled Nordin selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor selewat-lewatnya pada hari esok.

Pada Jumaat, Ahli Majlis Tertinggi UMNO telah sebulat suara membuat keputusan memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz di atas alasan kerana melanggar disiplin.

Sementara itu Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal pula digantung keahlian sehingga Majlis Tertinggi menerima laporan daripada Jawatankuasa Disiplin Umno mengenainya.

Ketiga-tiga mereka sebelum lantang mengkritik kepimpinan Najib dengan mempersoalkan isu dana politik bernilai RM2.6 bilion dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.