Terkini

Khamis, 16 Jun 2016

Pusat Rawatan Al-Qayyum Berjaya Merawat Hampir 5,000 Pesakit

alqayyum-rawatan-islam

Pada bulan lepas penulis sempat singgah ke sebuah pusat rawatan Islam yang terletak di pinggir ibu kota Kuala Lumpur iaitu Bandar Sri Damnsara.

Tujuan penulis ke sana bukan hendak mendapatkan rawatan tetapi atas pelawaan bos pusat rawatan tersebut yang berhajat agar penulis dapat menulis sesuatu mengenai pusat rawatan Islam yang dikendalikanya.

Sebaik sahaja melangkah masuk pintu pusat rawatan, bau wangi semerbak menusuk ke lubang hidung, rasa nyaman tak terkata, hati pun mula merasa tenang bila didengarkan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.

Pada petang itu, penulis sempat menemubual salah seoarang perawat yang berkhidmat di pusat rawatan tersebut, iaitu saudara Zain Misbah. Orangnya ramah serta petah berkata-kata. Seronok dapat berbual denganya.

Menurut saudara Zain, Pusat Rawatan Al-Qayyum sudah beroperasi sejak 2011 lagi. Dengan meggunakan tag line EKSLUSIF, MENYELURUH, SISTEMATIK dan TERBUKTI berkesan kaedah rawatanya, pusat rawatan Islam ini telah memberikan perkhidmatan  kepada lebih 5000 orang pesakit dari seluruh negeri di semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, termasuk luar negara seperti Thailand, Singapura, Brunei, Indonesia, Jepun, Amerika, United Kingdom, Oman, Qatar, Bahrain dan banyak lagi...

Memang panjang kalau penulis hendak senaraikan semuanya di sini dan bukan orang tempatan sahaja mendapatkan khidmatnya..Apa agaknya keistimewaan pusat rawatan ini?

Beliau juga turut menerangkan kepada penulis mengenai perkhidmatan atau rawatan yang diberikan oleh Pusat Rawatan Al-Qayyum. Antaranya ialah Rawatan dan Terapi Al-Quran, Rawatan Jarak Jauh, Rawatan Rumah Tangga, Rawatan Rumah dan Premis Perniagaan, Bekam Sunnah serta kelas mengaji Al-Quran.

pusat-rawatan-alqayyum

Katanya, tidak semua masalah atau penyakit yang dihadapi individu dapat diubati melalui kaedah perubatan moden. Melalui kaedah penyembuhan holistik Islamiah yang ditawarkan Pusat Rawatan Al-Qayyum, dengan izin Allah, segala masalah atau penyakit yang tidak dapat diubati tadi dapat disembuhkan dengan segera.

Tambah beliau lagi, melalui kaedah penyembuhan holistik Islamiah, khidmat rawatan yang ditawarkan Pusat Rawatan Al-Qayyum boleh diaplikasikan sebagai rawatan utama, rawatan terapi atau rawatan sokongan kepada perubatan moden.

Insha Allah, pada tulisan Review akan datang penulis akan ulas serba sedikit tentang rawatan Islam yang ditawarkan seperti dinyatakan di atas.

Sambil menghirup secangkir kopi sebelum beredar, penulis ada bertanya mengenai waktu operasi Pusat Rawatan Al-Qayyum, mana lah tahu kut..kut selepas mebaca tulisan ini ada yang berhajat untuk mendapatkan rawatan. Jadi, kepada yang ingin mendapatkan rawatan, boleh rujuk jadual masa di bawah dan rancang masa anda.

Waktu Rawatan:

Isnin & Selasa (2.00pm hingga 6.00pm)
Rabu & Khamis (8.00pm hingga 11.00pm)
Sabtu (2.00pm hingga 6.00pm) 

Setakat di sini sahaja dahulu penulis dapat membuat ulasan tentang latar belakang Pusat Rawatan Al-Qayyum serta perkhidmatan yang ditawarkan. Sekiranya ada sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut boleh hubungi mereka di 03-62637006 atau 017-2114745 atau datang sendiri ke alamat BK-1-K10, Ground Floor, Sri Meranti Apartment, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.