Disediakan oleh
Kluang Today
10:41:00 PG
-
0
Ulasan
MUAR : Umno Pagoh dilaporkan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu kerana memecat Tan Sri Muhyiddin Yasin daripada jawatan Timbalan Presiden Umno yang berkuat-kuasa Jumaat lalu.
Memetik sumber Sinar Harian, Ketua Penerangan Umno Pagoh, Hairul Izam Abd Samat berkata, keputusan itu dibuat setelah pihaknya mengkaji dan meneliti beberapa perkara.
Jelas beliau, Umno Pagoh mengutuk keputusan MT Umno kerana pemecatan tersebut dibuat tanpa mengikut prosedur sepatutnya seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti Fasal 20 Disiplin.
Beliau juga mendakwa Presiden Umno, Datuk Seri Najib telah menyalahgunakan kuasanya dengan mengenepikan amalan demokrasi dalam parti di mana Tan Sri Muhyiddin tidak dipanggil untuk mempertahankan tuduhan terhadapnya sejak daripada awal penggantungan beliau.
Menurut Hairul Izam, ahli Umno Pagoh merasakan telah dikhianati dan dizalimi oleh Presiden Parti dan juga seluruh ahli Majlis Tertinggi kerana memngambil tindakan memecat bosnya yang sebelum ini dipilih berdasarkan sokongan daripada ahli parti seluruh negara.
Jelasnya lagi, tindakan Muhyiddin yang sebelum ini menegur Presiden adalah bertujuan memperkukuhkan parti yang bukan digunakan untuk kepentingan peribadi.
"Segala kenyataan Tan Sri Muhyiddin berhubung salah laku dan jenayah yang dilakukan oleh presiden adalah berdasarkan daripada laporan berintegriti daripada agensi kerajaan.

"Maka, tindakan MT memecat Tan Sri Muhyiddin telah menimbulkan rasa kecewa dan tidak puas hati kepada ahli Umno Bahagian Pagoh serta merosakkan perpaduan dan keutuhan parti," katanya.
Pengerusi Perhubungan Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika mengulas isu ini berkata, Umno Johor menerima keputusan MT dengan hati terbuka, beliau juga turut merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga atas segala jasa dan sumbangan ketiga-tiga ahli Umno itu, khususnya Muhyiddin.
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.