Terkini

Ahad, 26 Jun 2016

Taylor Swift Gemar Bertukar Pasangan Cinta

Taylor-Swift-Calvin

KOMPSER dan juga DJ terkenal, Calvin Harris mendakwa bekas teman wanitanya, Taylor Swift telah mengawal media berhubung berita perpisahan mereka baru-baru ini.

Calvin, 32, yang menjawab soalan peminat menerusi Instagram berkata, Taylor berjaya memanipulasi keadaan malah banyak perkara yang berlaku langsung tidak diketahuinya.

"Saya tidak tahu apa sedang berlaku kerana ia berbeza dan lebih teruk daripada prespektif saya.

"Dia berjaya mengawal media dan melakukannya dengan baik," katanya.

Calvin bagaimanapun telah memadam jawapan tersebut yang dibuat kepada peminat, lapor Mirror.

Dalam pada itu, Calvin menjelaskan dia langsung tidak berasa cemburu apabila Taylor kini dikatakan bercinta dengan aktor Tom Hiddleston seminggu selepas mereka berpisah.

Kata Calvin, dia cuma berasa terkesan dengan sikap Taylor yang senang melupakan apa yang berlaku di antara mereka sebelum ini dan kini mempunyai kekasih baharu.

"Tidak saya tidak cemburu," katanya ringkas.

Taylor, 26, baru-baru ini dilihat bercium sambil memegang tangan Tom ketika bersiar-siar di Watch Hill, Rhode Island seminggu selepas mengumumkan berpisah dengan Calvin.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.