Terkini

Khamis, 30 Jun 2016

Ketua Pemuda Umno Rayu Jangan Cepat Hukum Guan Eng

Khairy-Jamaluddin-Umno

KUALA LUMPUR : Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dalam nada simpati meminta semua pihak agar tidak terlalu awal menghukum Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung dakwaan rasuah yang dihadapinya.

Mengulas lanjut, beliau menyeru semua pihak bertenang dan mematuhi undang-undang negara kerana ada proses perundangan yang dilaksanakan bagi setiap pendakwaan.

Katanya, tidak ada seorang pun boleh terlepas daripada tindakan undang-undang di Malaysia sekiranya ada melakukan kesalahan atau jenayah.

"Kita tidak mahu menghukum terlalu awal lagi. Sekiranya ada tindakan susulan... tindakan mahkamah dan sebagainya, beliau (Guan Eng) ada peluang untuk membela diri," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama Pemuda Umno di Matrade di sini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu menahan Guan Eng dan seorang ahli perniagaan wanita, Phang Li Khoon, dipercayai berkaitan isu pembelian sebuah banglo.

Tangkapan dibuat selepas mendapat arahan  Pejabat Peguam Negara bagi menuduh mereka di mahkamah yang dijadual pada Khamis.
« PREV
NEXT »

4 ulasan

  1. Rasuah- apasal lu sedihhhh hnya mereka yg berasa akan terasa

    BalasPadam
  2. Apolegetik sangat. Ntah apa2 KJ

    BalasPadam
  3. Azmin dah boleh prepare apa yg patut plak lps ni.. kejatuhan seseorg pemimpin adalah berpunca dr musuh dlm parti bukan luar parti.. maknanya ramai nya musuh guan eng dlm DAP.. itu yg diorg tak sedar.. hidup dlm denial sering menyalahkan org lain...

    BalasPadam
  4. hmmm....lu takut ke bro???.....:)

    BalasPadam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.