Disediakan oleh
Kluang Today
11:51:00 PTG
-
0
Ulasan
PETALING JAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi status laman Facebook miliknya menyatakan rasa terkejut dan mengutuk insiden pengeboman yang berlaku di Istanbul, Turki baru-baru ini.
Bagaimanapun, beliau menzahirkan rasa bersyukur dan lega kerana tiada sebarang laporan kecederaan melibatkan rakyat Malaysia dalam serangan keganasan maut di Lapangan Terbang Ataturk, Istanbul, yang telah mengorbankan 41 nyawa, 13 daripadanya warga asing dan mencederakan 239 yang lain.
"Setakat ini, tidak ada sebarang laporan mengenai sebarang kemalangan jiwa melibatkan rakyat Malaysia tetapi Kementerian Luar akan terus memantau keadaan dengan teliti," katanya.
Beliau berkata, serangan terbaru itu menjadi satu lagi peringatan untuk kerjasama perisikan global dalam usaha memerangi keganasan.
"Malaysia sangat prihatin dan bersedia untuk bersatu dengan semua negara dalam memerangi musuh nombor satu keganasan.
"Saya menggesa negara-negara Islam untuk bersatu dan meningkatkan kerjasama, terutama dalam mengutuk dan memerangi tindakan keganasan oleh mereka yang menggunakan nama Islam," katanya.
Mereka yang memerlukan maklumat lanjut dinasihatkan untuk menghubungi Kedutaan Malaysia di Ankara di talian + (90) 312-4.463.547 atau + (90) 312-4.463.548.

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.