Disediakan oleh
Kluang Today
12:11:00 PG
-
0
Ulasan
KOTA BHARU : Calon Pas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Dr Najihatussalehah Ahmad menasihatkan semua pihak supaya tidak menjadikan isu 'idah' sebagai bahan kempen pilihan raya itu.
"Saya akur kepada apa yang ditetapkan oleh syarak... saya nasihatkan semua orang supaya jangan sentuh isu idah," katanya dalam sidang media pada Muktamar Dewan Muslimat Pas kali ke-56, di sini hari ini.
Beliau merujuk kepada calon Barisan Nasional (BN), Datin Mastura Mohd Yazid yang tidak dapat menyertai kempen pilihan raya itu yang dijadual bermula 5 Jun ini kerana masih berada dalam tempoh idah selama empat bulan 10 hari sebagaimana ditetapkan dalam hukum Islam apabila seseorang wanita kematian suami.
PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan pada 18 Jun ini berikutan kematian suami Mastura, Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad, dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai cabaran yang bakal dihadapi ketika berdepan dengan Mastura, Dr Najihatussalehah berkata: "Tidaklah mudah bagi saya sebab kempen tetap juga berjalan walaupun beliau menggunakan media dan tidak turun berkempen." - Bernama

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.