Terkini

Selasa, 31 Mei 2016

Terpalit Skandal Rasuah Bukti PKR Bukan Parti Suci

rafizi-pkr-rasuah

PETALING JAYA : Tindakan wakil rakyat Pandan, Rafizi Ramli membuat laporan dan menyerahkan bukti berhubung dakwaan rasuah dalam kerajaan Selangor yang diterajui Datuk Seri Azmin Ali setakat ini membuktikan bahawa beliau tidak bergurau.

Menurut pemerhati politik yang mengikuti rapat perkembangan terbaru di Selangor ini, mendapati Parti Keadilan Rakyat akan berdepan ancaman perpecahan yang teruk.

Sebelum perkembangan terbaru ini, perselisihan dalam parti yang melibatkan kem Azmin dan kem Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bukan lagi menjadi rahsia kerana umum sudah mengetahuinya walau mereka berdua dikhalayak nampak mesra.

Dr Wan Azizah, orang yang dilihat sejajar dengan Rafizi telah mengarahkan beliau untuk mengemukakan sebarang bukti dakwaan rasuah itu kepada SPRM.

Dakwaan itu pertama kali muncul dalam mesej kumpulan WhatsApp ahli PKR yang kemudiannya bocor ke pengetahuan umum.

Rafizi kemudian mengesahkan bahawa dia telah menulis mesej tersebut.

Dalam satu kenyataan pada 20 Mei mengenai dakwaan Rafizi itu, Azmin telah mengecam dakwaan itu, menyatakan bahawa beliau tidak mengemukakan bukti.

Tuduhan itu katanya merupakan sebahagian daripada kempen terancang untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri.

Rafizi memasuki bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Malaysia sekitar tengah hari Isnin untuk mengemukakan maklumat mengenai individu tertentu, yang tidak dinamakannya, berhubung kerajaan negeri yang didakwa berurusan dengan rasuah.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.