Terkini

Ahad, 29 Mei 2016

Calon BN Kuala Kangsar Berkaliber Dan Taat Agama

mastura-bn-kuala-kangsar

KUALA KANGSAR : Teka-teki siapa bakal dipilih  menjadi calon Barisan Nasional bagi PRK Parlimen Kuala Kangsar akhirnya terjawab apabila Timbalan Perdana Menteri mengumumkan nama Datin Mastura Mohd Yazid iaitu balu kepada Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad sebagai calonya.

Mastura, 55, merupakan seorang graduan undang-undang daripada Lincoln's Inn di United Kingdom dan bertugas sebagai seorang peguam selama enam tahun.

Ibu kepada empat orang anak ini dilaporkan pernah bergiat dalam dunia politik dan menjadi AJK Umno Bahagian Chembong, Negeri Sembilan sebelum mengambil keputusan untuk berehat dan menumpukan kepada keluarganya serta arwah suaminya.

Bagaimanapun, calon BN bagi pilihan raya kecil itu memohon maaf kepada seluruh jentera parti kerana tidak dapat menyertai kempen yang dijadual bermula 5 Jun depan.

Beliau mengambil keputusan demikian kerana masih berada dalam tempoh edah selama empat bulan 10 hari sebagaimana yang ditetapkan hukum Islam bila seseorang wanita kematian suami.

Pada Jumaat, PAS mengumumkan Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad sebagai calonnya dalam PRK Kuala Kangsar.

Kekosongan kerusi Parlimen Kuala Kangsar berikutan kematian penyandangnya, Wan Mohammad Khair-il Anuar meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Pada PRU13, Allahyarham Wan Mohammad Khair-il memperolehi 14,218 undi dengan majoriti 1,082 undi menyingkirkan calon Pas, Khalil Idham Lim Abdullah dan Calon Bebas, Datuk Kamilia Ibrahim.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.