Terkini

Selasa, 14 Jun 2016

Hukuman Penjara Vokalis Kumpulan Spring Tamat Hari Ini

ameng-spring-kluang

KLUANG : Setelah hampir lima tahun meringkuk dalam penjara, Vokalis kumpulan Spring, Ameng akhirnya dibebaskan hari ini pada jam 10 pagi tadi.

Menurut sumber Jabatan Penjara, pembebasan itu bergantung jika tiada apa-apa perintah yang menghalangnya oleh mahkamah atau mana-mana pihak berkuasa.

'Kami yakin dan percaya Ameng mampu memperbaiki dan melengkap dirinya untuk menjadi seorang isan yang berguna,' kata sumber itu lagi.

Tambah sumber itu, Ameng telah mengikuti semua program latihan, pemulihan serta patuh terhadap disiplin penjara semasa menjalani pemulihan di Penjara Kluang, Johor.

Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 47, dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada 12 April 2011 kerana kesalahan dadah.

Bagaimanapun hukuman itu dipendekkan atas disiplin dan contoh terbaik yang ditunjukkannya.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.