Terkini

Selasa, 14 Jun 2016

Akta MKN 2016 Akan Dilaksana Pada Bila-Bila Masa

Nancy-Shukri-MKN

KUALA LUMPUR : Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 yang telah diwartakan pada 7 Jun lalu masih lagi belum dikuatkuasakan sehingga kini kerana menunggu 'lampu hijau' dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam satu kenyataan kepada Bernama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, Perdana Menteri belum lagi menetapkan tarikh yang sesuai bagi penguatkuasaan akta berkenaan.

Menurut beliau, Rang Undang-undang (RUU) berkenaan menjadi undang-undang setelah ia melepasi tempoh tiga puluh hari yang perlu untuk diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong selepas diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

"Ini selaras dengan Fasal (4A) Artikel 66 Perlembagaan Persekutuan," ujar beliau dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pada 17 Februari tahun ini, Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-240, selepas dipersembahkan taklimat oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali di Istana Negara, berpendapat beberapa peruntukan dalam RUU MKN perlu diperhalusi.

RUU MKN, yang memperuntukkan penubuhan MKN, perisytiharan kawasan keselamatan, kuasa-kuasa khas Pasukan Keselamatan di kawasan keselamatan dan perkara-perkara lain berkaitan, diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 3 Disember 2015, dan Dewan Negara, pada 22 Disember 2015.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.