Terkini

Selasa, 24 Mei 2016

Van Gaal Dipecat Selepas MU Gagal Ke Saingan Liga Juara-Juara

van-gaal-dipecat

Kejayaan Manchester United menjulang piala FA selepas 12 tahun mengharap kemenangan itu tidak dapat menyelamatkan karier Louis Van Gaal selaku pengurus kelab apabila dipecat dua hari lalu.

Menurut laporan media sukan antarabangsa, kekosongan jawatan tersebut hampir pasti akan diisi oleh bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho namun belum ada pengesahan rasmi daripada United.

Memetik laporan BBC, pelantikan Mourinho dijangka akan disahkan selepas beliau bertemu dengan pegawai United.

Van Gaal yang berusia 64 tahun ditamatkan khidmatnya bersama Manchester selepas bersama kelab itu selama dua tahun daripada tiga tahun kontraknya.

Sepanjang tugasnya di Old Trafford, Van Gaal telah diberi 250 juta pound (RM1.2 bilion) menguruskan kelab bagi memastikan mereka kembali ke saingan Eropah.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa Van Gaal telah diberi tawaran untuk meletak jawatan sebanyak dua kali ketika aksi sukar kelab dalam kempen liga baru-baru ini.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.