Terkini

Jumaat, 27 Mei 2016

Pegawai Terlibat Sabotaj Sistem Imigresen Malaysia Tidak Akan Dilindungi

zahid-hamidi-myIMMs

PUTRAJAYA : Mana-mana pegawai Imigresen yang didapati terlibat mensabotaj Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs) tidak akan dilindungi sekiranya terbukti melakukan kesalahan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam satu kenyataan media, beliua turut mengesahkan bahawa pihak polis telah menahan kira-kira 100 individu termasuk beberapa pegawai Imigresen.

Menurut Timbalan Perdana Menteri itu lagi, pegawai berkenaan ditahan bersama ahli sindiket susulan siasatan dan pemantauan kegiatan itu sejak tiga bulan lalu.

Difahamkan juga, majoriti pegawai Imigresen yang itu ditahan adalah berpangkat rendah yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Laporan Ketua Audit Negara 2015 mendedahkan myIMMS yang dibangunkan untuk menyokong operasi Jabatan Imigresen didapati gagal berfungsi.

Kemudahan biometrik bernilai RM10.3 juta untuk myIMMS bagi tujuan saringan dan identiti warga asing juga rakyat Malaysia yang sepatutnya dipasang di semua pintu masuk negara juga tidak dipasang.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.