Terkini

Selasa, 10 Mei 2016

Pas Tak Akan Sertai Pakatan Harapan Selagi Ada DAP, AMANAH

nik-amar-dap

KUALA LUMPUR : Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam satu kenyataan menegaskan bahawa Pas tidak akan menyertai Pakatan Harapan selagi DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) ada dalam gabungan itu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mahu Pas kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).

Menurut Mohd Amar lagi, Pas lebih berminat sekiranya PKR dapat menyertai Blok Ketiga yang ditubuhkan parti Islam itu bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).

Beliau juga yakin dengan penyertaan PKR akan memperkukuhkan lagi Blok Ketiga bagi menghadapi PRU14.

Semalam, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata beliau berharap Pas dan Amanah dapat bergerak bersama PKR dan DAP bagi menghadapi PRU14 sebagai satu pasukan.

Kenyataan Mohamed Azmin dibuat susulan kekalahan PKR dan DAP dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang menyaksikan pertelingkahan kedua-dua parti itu di beberapa kerusi.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.