Terkini

Isnin, 9 Mei 2016

PKR 'Acah-Acah' Mahu Saman Kerajaan Sarawak

nurul-izzah-saman

PETALING JAYA : Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilaporkan sedang membuat pertimbangan untuk menyaman kerajaan negeri Sarawak berhubung larangan kemasukan pemimpin parti pembangkang itu ke Bumi Kenyalang esok.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, perkara tersebut akan dibincangkan semasa mesyuarat biro politik parti itu malam esok.

“Keutamaan akan terus kepada calon-calon tempatan kami dan kehidupan seterus mereka berbanding maruah kami yang dicalar.

“Kami mahu mereka menerima sepenuhnya kehadiran kami dan menyokong semasa berkempen,” ujar beliau.

Anak sulong kepada banduan jenayah seksual itu juga  adalah antara pemimpin pembangkang yang dilarang memasuki Sarawak semasa tempoh kempen pilihan raya negeri Sabtu lalu.

Nurul Izzah tetap dihalang walaupun selepas beliau menulis surat kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang meminta beliau dan ibunya, Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk meminta secara baik.

Lebih 40 ahli parlimen pembangkang, aktivis dan ahli akademik dihalang memasuki Sarawak ketika tempoh tersebut.

Terdahulu, Timbalan Ketua Pemuda PKR Sarawak, Simon Siah dilaporkan akan mempertimbangkan tindakan undang-undang ke atas kerajaan negeri Sarawak atas halangan kemasukan tersebut.

Siah, yang merupakan sebahagian daripada biro perundangan PKR negeri berkata, pihaknya akan menunggu sehingga pilihan raya selesai untuk berbuat demikian.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.