Terkini

Isnin, 7 Mac 2016

Umno Pekan Desak Jawatankuasa Disiplin Parti Segera Pecat Muhyiddin, Mukhriz

deklarasi-guling-kerajaan

PEKAN: Kecewa dan marah dengan tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir bersekongkol dengan pemimpin DAP bertujuan untuk menggulingkan kerajaan dan Perdana Menteri, Umno Bahagian Pekan hari ini medesak jawatankuasa disiplin parti segera memecat kedua-dua pemimpin itu.

Menurut Timbalan Ketua Umno Bahagian, Datuk Abu Bakar Harun berkata ketetapan telah dibuat diperingkat kepimpinan bahagian dan sebulat suara mendesak Ahli Majlis Tertinggi Umno mengenakan tindakan tatatertib kepada kedua mereka kerana melanggar perinsip dan mesabotaj parti.

Dalam pada itu, Abu Bakar turut menyampaikan suara akar umbi Umno bahagian itu yang mahu semua jawatan berkaitan kerajaan yang dipegang bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad dilucutkan serta merta.

muhyiddin-azmin-guan-eng

Katanya lagi, konspirasi menggulingkan Perdana Menteri yang kepalai mereka bertiga ini amat memalukan serta boleh menjejaskan imej negara yang selama ini mendokong perinsip demokrasi di mata dunia.

Baru-baru ini, Muhyiddin antara 50 individu termasuk Tun Dr Mahathir Mohammad dan Lim Kit Siang menandantangani deklarasi menuntut Datuk Seri Najib Tuh  Razak meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Sebelum itu, Muhyiddin digantung tugas kerana didakwa tidak membantu presiden manakala Shafie tidak dikenakan sebarang tindakan.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.