Terkini

Isnin, 7 Mac 2016

Pelancaran UTC Johor Mantapkan Lagi Sistem Penyampaian Kerajaan

najib-khaled-utc-johor

JOHOR BAHRU: Kewujudan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak telah membawa perubahan besar dalam sistem penyampaian kerajaan hari ini.

Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata dengan adanya pusat UTC di bandar raya ini ia telah menyerlahkan lagi dimensi baharu dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Menurut beliau, inisiatif penubuhan pusat sehenti ini telah berjaya merubah persepsi seluruh rakyat, baik di Johor mahupun di seluruh negara terhadap keberkesanan kaedah penyampaian organisasi dan agensi kerajaan pada hari ini.

Tambah beliau lagi, peranan yang dimainkan UTC juga dapat memastikan masyarakat dapat berurusan dengan mudah, pantas, selesa dan tidak dibebani oleh karenah birokrasi.

Beliau juga yakin dan percaya, perkhidmatan yang ditawarkan di UTC akan dapat memberi manfaat kepada kira-kira 1.3 juta rakyat Johor.

Sebanyak 32 agensi beroperasi di UTC Johor yang merupakan UTC terbesar di negara ini dan telah menerima kira-kira 1.8 juta pengunjung sejak pembukaannya pada Julai 2014.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.