Terkini

Selasa, 8 Mac 2016

PERKASA Pengkalan Chepa Kecewa Tindakan Ibrahim Ali Bersekongkol Dengan DAP

lim-kit-siang-Ibrahim-Ali

KOTA BHARU: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini menerima tamparan hebat apabila salah satu cawangannya di Pengkalan Chepa, Kelantan dibubarkan. Menurut sumber, beberapa lagi cawangan PERKASA di seluruh negara bakal mengikut jejak langkah mereka.

Menurut naib pengerusinya, Ir Azmi Abdullah berkata,  keputusan membubarkan PERKASA Pengkalan Chepa dibuat kerana kecewa dengan tindakan Datuk Ibrahim Ali yang dilihat hadir dan cuba bersekongkol dengan DAP untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Jelas beliau, biarpun Datuk Ibrahim Ali tidak terlibat sama menandatangani deklarasi itu, kehadirannya bersama beberapa lagi ahli jawatankuasa PERKASA pusat menunjukkan seolah-oleh mereka menyokong tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang bergabung bersama DAP dan PKR untuk menjatuhkan Najib.

Katanya lagi, apa yang jelas perbuatan ahli jawatankuasa PERKASA pusat itu sudah lari dari matlamat asal penubuhanya iaitu membela Melayu dan Bumiputera hingga menyebabkan ramai ahli merasa tidak berpuas hati.

Azmi berkata, serentak itu juga bekas AJK dan ahli PERKASA Parlimen Pengkalan Chepa menyokong penuh kepimpinan Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno serta akan berjuang mempertahankan negara ini daripada diganggu gugat oleh segelintir pemimpin Umno.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.