Terkini

Selasa, 8 Mac 2016

Suara Akar Umbi Gesa Umno Segera Lakukan 'Pembersihan' Dalaman Parti

kelab-naib-ketua-umno

KUALA LUMPUR: Kelab Naib Ketua Umno Bahagian 1Malaysia hari ini mendesak parti keramat milik orang Melayu itu segera melakukan 'pemutihan' dalaman secara besar-besaran terhadap pihak-pihak yang melakukan sabotaj dan penentangan terhadap presiden dan parti.

Menurut pengerusi kelab, Datuk Muhammad Anuar Mohd Yunus berkata, usaha pemutihan itu perlu dimulakan dengan pemecatan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Dalam pada masa yang sama, beliau yang mewakili suara akar umbi juga menyarankan Ahli Majlis Tertinggi Umno turut memecat keahlian Tan Sri Sanusi Junid.

Muhammad Anuar yang juga Naib Ketua Bahagian Umno Temerloh berkata, pihaknya turut mendesak supaya kerajaan melucutkan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dipengerusikannya iaitu Petronas, Proton Holdings serta Yayasan Kepimpinan Perdana.

Katanya lagi, gesaan ini dibuat susulan tindakan Dr Mahathir bersama 50 yang lain termasuk pemimpin dan aktivis pembangkang menandatangani 'Deklarasi Rakyat' bagi menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri.

Pada sidang media yang dihadiri 80 naib ketua Umno bahagian dari seluruh negara itu turut melafazkan ikrar taat setia dan akan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap pucuk pimpinan parti.
« PREV
NEXT »

2 ulasan

  1. masing2 sedang memasang lukah.. pukat harimau pun ada..
    bila pecat sana pecat sini..byk nanti jawatan kosong..
    semua ahli umno sedar bahawa talian hayat ds najib tidak panjang. keadaan seperti ini memang amat diimpikan oleh setiap ahli umno perigkat bahagian. tambahan pula presiden memang tersedak perlukan sokongan..inilah masanya cash is king masyukk kantong..
    piraaahhhhh..tengok muka semua wayang belaka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. dahsyat betul kau...ilmu apa yang kau pakai ni...tengok muka dah tahu niat hati sesorang....wow, jangan lupa kau tu manusia biasa aje yang penuh dengan dendam kesumat di hati...

      Padam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.