Terkini

Rabu, 9 Mac 2016

Tidak Perlu Tunggu Pemilihan Parti Atau PRU Jika Mahu Tukar PM - Muhyiddin

muhyiddin-tunm-deklarasi

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin tetap bertegas mahu kaedah yang sama semasa menggulingkan pentadbiran Tun Abdullah ketika menjawat jawatan perdana menteri digunapakai bagi menjatuhkan  Datuk Sri Najib Tun Abd Razak.

Ahli Parlimen Pagoh itu menyatakan bahawa desakan supaya perdana menteri berundur tanpa perlu menunggu pilihan raya adalah amalan biasa baginya kerana tiga perdana menteri sebelum ini pernah digulingkan dengan cara yang sama.

Beliau berkata, usaha untuk menjatuhkan perdana menteri kali ini masih menggunakan cara yang sama seperti yang pernah berlaku kepada beberapa perdana menteri sebelum ini.

Tambah beliau, tuntutan mendesak Najib meletakan jawatan berbeza kali ini kerana bukan dibuat atas sebab politik tetapi isu skandal yang berkait dengan persoalan moral perdana menteri itu sendiri.

Menurut timbalan presiden Umno yang digantung jawatannya itu, Najib perlu berundur segera  kerana sebahagian besar rakyat Malaysia menolak kepimpinanya dan akan menyebabkan Barisan Nasional kalah pada pilihan raya akan datang.

Baru-baru ini, Muhyiddin antara 50 individu termasuk Dr Mahathir dan Lim Kit Siang telah menandantangani deklarasi menuntut Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Bagaimanapun, tindakan bersekongkol dengan Pembangkang itu mendapat kecaman dari banyak pihak sehingga memaksa tindakan disiplin dikenakan terhadap individu yang terlibat dalam usaha untuk menggulingkan kerajaan dan perdana menteri.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.