Terkini

Rabu, 9 Mac 2016

Penubuhan Klinik Waqaf An-Nur Beri Manfaat Kepada Lebih 1.1 Juta Pesakit

najib-klinik-waqaf-annur

JOHOR BAHRU: Klinik Waqaf An-Nur sejak penubuhanya telah memberikan rawatan kepada lebih 1.1 juta pesakit menerusi rangkaiannya di seluruh negara.

Menteri Besar Johor, Dato Mohamed Khaled Nordin berkata, klinik waqaf yang ditubuhkan pada 1998 itu menyediakan rawatan kepada semua lapisan masyarakat termasuk pesakit bukan beragama Islam dengan hanya mengenakan caj rawatan sebanyak RM5.

Menurut beliau, biarpun klinik wakaf ini mengenakan caj yang rendah, namun setiap pesakit yang datang mendapat rawatan serta ubat-ubatan yang berkualiti daripada doktor pakar KPJ Healthcare Berhad.

Ketika ditemui pemberita selepas mengiringi Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak merasmikan pembukaan UTC Johor, beliau menjelaskan bahawa penubuhan klinik waqaf ini merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat Johor Corporation (JCorp).

Mohamed Khaled yang juga Pengerusi JCorp berkata, operasi Klinik Waqaf An-Nur dibiayai melalui Dana Klinik Waqaf An-Nur yang menerima sumbangan daripada JCorp, syarikat dalam kumpulan, institusi-institusi dan juga orang awam.

Setakat ini, terdapat 22 Klinik Waqaf An-Nur di seluruh negara dan sebuah Hospital Waqaf An-Nur di Pasir Gudang. Manakala, tujuh daripadanya turut menyediakan kemudahan rawatan dialisis dengan caj yang berpatutan kepada pesakit buah pinggang.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.