Terkini

Ahad, 20 Mac 2016

Tiada Sekatan Biasiswa Untuk Anak Johor Melanjutkan Pelajaran

khaled-biasiswa-johor

PASIR GUDANG: Menteri Besar Johor, Dato Mohamed Khaled Nordin dalam satu kenyataan kepada media berkata, kerajaan negeri tetap akan meneruskan penajaan biasiswa kepada para pelajarnya pada tahun ini, seperti yang dibentangkan menerusi Bajet Johor 2016.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri masih mampu dan tiada keperluan untuk menghadkan peruntukkan yang telah ditetapkan melalui pembentangan bajet 2016 bagi membantu pelajar melanjutkan pelajaran mereka.

Menerusi Bajet Johor 2016, Kerajaan Negeri mengumumkan bantuan insentif Biasiswa Kenangan Dato’ Onn (BKDO) sebanyak RM990,000 yang akan memberi manfaat kepada 1,428 pelajar pelbagai kaum.

Bagi pembiayaan pendidikan pula, peruntukan bagi Pinjaman Pendidikan YPJ ditambah menjadi RM3 juta yang akan memberi manfaat kepada 500 mahasiswa baharu.

Selain itu, rebat 20 peratus melibatkan kos sebanyak RM1.5 juta juga diberikan bagi pelangsaian Pinjaman Pendidikan YPJ kepada pelajar yang telah menamatkan pendidikan.

Dalam satu kenyataan berasingan semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah memansuhkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagaimana yang didakwa Pembangkang.

Azalina berkata, walaupun kerajaan membatalkan 744 biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dan mendapat penjimatan RM240 juta daripada langkah itu, namun penajaan untuk penuntut terlibat tetap diteruskan.

Penajaan itu bagi membolehkan mereka mengikuti pengajian di peringkat ijazah pertama di institut pengajian tinggi di dalam negara seperti yang diumumkan dalam Pengubahsuaian Bajet 2016 pada 28 Januari lepas.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.