Terkini

Isnin, 21 Mac 2016

TMJ Puji Kerajaan Johor Kerana Begitu Mengambil Berat Tentang Pendidikan Rakyat

TMJ-Biasiswa-Johor

JOHOR BAHRU: Keputusan kerajaan Negeri Johor meneruskan pemberian pinjaman pelajaran dan biasiswa kepada anak Johor yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi mendapat pujian daripada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ).

Menurut laman Facebook rasmi JOHOR Southern Tigers, semalam, Tunku Ismail menyampaikan ucapan tahniah dan syabas kepada kerajaan Negeri kerana begitu prihatin dan mengambil peduli tentang masa depan rakyat Johor terutama sekali dalam soal pendidikan.

"Saya amat gembira dan ingin mengucapkan tahniah atas keputusan Kerajaan Negeri Johor untuk terus menyediakan pinjaman pelajaran dan biasiswa kepada rakyat Johor. Pendidikan untuk rakyat Johor adalah sangat penting untuk masa depan negeri merah, putih dan biru yang kita cintai." ujar DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Menteri Besar Johor, Dato Mohamed Khaled Nordin dalam satu kenyataan media berkata, kerajaan negeri tetap akan meneruskan penajaan biasiswa kepada para pelajarnya pada tahun ini, seperti yang dibentangkan menerusi Bajet Johor 2016.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri masih mampu dan tiada keperluan untuk menghadkan peruntukkan yang telah ditetapkan melalui pembentangan bajet 2016 bagi membantu pelajar melanjutkan pelajaran mereka.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.